Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ada Kerja Main Game...

Wow..ingatkan benda ni merapu.Rupanya memang ada kerja di mana anda anda akan dibayar...

Proton Akan Buka Tempahan...

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd (Proton) akan mula membuka tempahan bagi model...

Syarikat WeChat Akan Mengambil...

MUNGKIN ramai yang tidak mengenali syarikat Supercell namun jika disebut permainan popular di...

GMB Sasar Promosi 1,200...

LANGKAWI - Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) menetapkan sasaran untuk mempromosi...

Kes Aduan Serangan seksual Terhadap Anwar Ibrahim Tutup

PETALING JAYA – Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek mengumumkan kes aduan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim berkaitan laporan polis Muhammed Yusoff Rawther ditutup.

Engku Nor Faizah, yang mengawasi pasukan timbalan pendakwa raya bagi kes berkenaan, menyatakan 2 sebab untuk menutup kes itu, setelah mengkaji “secara berhati-hati” semua keterangan yang diperoleh dalam kertas siasatan polis.

“Kami mendapati terdapat percanggahan-percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain bawah kanun yang sama.

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam Kertas Siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Engku Nor Faizah juga memaklumkan Peguam Negara, Tommy Thomas menarik diri daripada membuat apa-apa pertimbangan berhubung kes ini dan tidak terlibat dalam apa-apa pertimbangan mengenai kes itu disebabkan hubungannya dengan Anwar. – FMT

Kategori