Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Dinasihat Jaga...

MAKKAH - Semua 22,320 jemaah haji Malaysia dinasihat agar menjaga kesihatan diri semasa...

PH Boleh Jadi Kerajaan...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh...

Dr. Ting Fail Saman...

KUCHING - Bekas ahli dewan undangan negeri DAP kawasan Pujut, Dr Ting Tiong...

71 Murid SK Tasek...

ALOR SETAR - Seramai 71 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong di...

KKM Siasat Petugas Main Telefon Bimbit, Tidur

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan surat amaran dan tunjuk sebab terhadap terhadap dua pekerja pengendali pengimbasan terma yang tular sedang bermain telefon bimbit dan tidur di kaunter imbasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata sebelum ini siasatan lanjut sudah terhadap pekerja berkenaan.

Katanya, disebabkan isu berkenaan pihaknya sudah memberi taklimat kepada semua petugas kesihatan yang menjaga kaunter terbabit bagi mempertingkatkan disiplin bagi memastikan saringan dan pemantauan akan dijalankan dengan lebih efektif.

“Saya sudah menonton video yang ditularkan itu, dan ternyata ia memberi perspektif yang tidak baik kerana tidur dan bermain telefon bimbit di kaunter berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tidak mengetahui keadaan sebenar, jika kita bersangka baik mungkin pegawai yang sedang tidur itu sakit atau sebagainya, namun tindakan pegawai yang bermain ‘phone’ itu tidak boleh diambil mudah.


“Kita akan meningkatkan disiplin mereka ini, siasatan juga sudah dilakukan bersama dengan surat amaran,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dua pegawai di kaunter imbasan terma sedang tidur dan bermain telefon bimbit semasa bertugas.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan rasa bimbang di kalangan masyarakat mengenai kemasukan pelancong yang berkemungkinan membawa penyakit berjangkit tidak disaring dengan sewajarnya. – BH Online

Kategori