Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lee Cadang Wujud Yayasan...

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar kerajaan...

MSN Kedah Ambil Tindakan...

ALOR SETAR - Majlis Sukan Negeri Kedah akan mengambil tindakan sekiranya ada atletnya...

5,000 Rumah Mesra Generasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,000 unit Rumah Mesra Generasi Baharu Felda (RMGBF) akan...

Siti Sarah, Shuib Tunai...

PASANGAN selebriti terkenal, Siti Sarah dan Shuib meluahkan rasa syukur apabila impian mereka...

Koronavirus: China Sahkan Sudah 80 Kematian

WUHAN – Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 80 mangsa setakat awal pagi Isnin.

Menurut laporan South China Morning Post, pihak berkuasa kesihatan China berkata kes jangkitan koronavirus pula meningkat kepada 2,400.

Bandar Beijing melaporkan terdapat lima lagi kes jangkitan termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan, manakala di Guangxi seorang kanak-kanak berusia dua tahun juga terima nasib sama.

Menurut Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang, setakat ini seramai lima juta penduduk meninggalkan bandar itu pada Ahad manakala sembilan juta lagi masih berada di bandar itu.

Pegawai kesihatan pula memberi amaran virus berkenaan mempunyai kemampuan untuk tersebar dengan lebih cepat dan kuat.

Setakat ini seramai 2,700 kes disyaki koronavirus di bandar Wuhan.


Menteri yang bertanggungjawab bagi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Ma Xiaowei berkata, memerangi wabak tersebut adalah rumit kerana ia boleh tular walaupun semasa tempoh inkubasi.

Ma turut menyatakan seramai 2,360 doktor dan jururawat ketenteraan dihantar ke Wuhan untuk membantu merawat pesakit.

Keadaan bertambah kritikal apabila bekalan tidak mencukupi membuatkan pengamal perubatan yang merawat pesakit Koronavirus terpaksa mengitar semula topeng muka yang dipakai.

Malah, sebanyak 2,400 katil telah ditambah di hospital dan kerajaan merancang untuk menambah lebih 5,000 lagi katil dalam tempoh tiga hari akan datang. – Agensi

Kategori