Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tony Fernandes Sponsor 5...

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan memberikan lima tiket...

TN50 Bakal Bawa Malaysia...

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menjadi antara negara liga atasan dunia (premier league)...

‘Oi! Muncul Juara RLIR...

LANGKAWI - Pasukan 'Oi! dari Australia merangkul kejuaraan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR)...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 13,539 orang setakat...

Koronavirus: Presiden China Beri Amaran Situasi Sangat Serius

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping semalam mengarahkan respons lebih cepat terhadap krisis koronavirus selepas ia kini merebak dengan cepat dan angka kematian mencecah sekurang-kurangnya 56 orang termasuk kem kematian pertama di hab kewangan Shanghai.

Beliau turut memberi amaran China kini sedang berdepan situasi yang sangat serius berikutan penularan virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu pada kadar cepat.

“Kita perlu memperkukuhkan dan menyatukan kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti untuk menghadapi krisis tersebut. Kita pasti dapat menangani masalah ini selagi kita mempunyai keyakinan yang teguh, bekerjasama, mengambil langkah pencegahan saintifik dan penyembuhan serta melaksanakan dasar yang tepat,” katanya.

Jinping turut memberi amaran akan mengenakan hukuman kepada mana-mana pegawai yang tidak mendedahkan maklumat terkini tentang koronavirus tersebut.

Difahamkan, pasukan dari Beijing telah dihantar ke kawasan terjejas koronavirus tersebut dan mereka akan menghantar laporan secara terus kepada tujuh pemimpin paling berkuasa di China.

Virus yang berasal dari bandar Hubei yang dikenal pasti pada tahun lalu kini telah merebak ke negara di empat benua termasuk Australia, Perancis, Kanada dan Nepal. – Agensi

Kategori