Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kalau Australia Tak Bagi...

MEDIA Australia Sydney Morning Herald pada Khamis melaporkan, kerajaan Australia akan menolak permohonan ekstradisi ke atas...

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

IKN Tiada Kaitan Penyebaran...

PUTRAJAYA - Institut Kanser Negara (IKN) hari ini memaklumkan tidak terbabit dengan penyebaran...

Tiada Kejadian Rempuhan Warga...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menafikan berlakunya kejadian rempuhan warga negara Malaysia yang...

KPM Tak Halang Sambut Ponggal Di Sekolah

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan tidak menghalang perayaan itu diadakan di sekolah, malah menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti silang budaya.

Mengenai kontroversi surat kementerian pada 13 Januari lalu, di mana ia memaklumkan pengarah pendidikan negeri keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung penyertaan orang Islam dalam Pesta Ponggal, kementerian menjelaskan ia bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa murid beragama Islam mengenai penglibatan anak-anak mereka dalam sambutan perayaan tersebut.

Disebalik pendirian dan garis panduan Jakim itu, kementerian berkata sekolah tempat untuk memupuk perpaduan, serta budaya dan adat resam antara kaum perlu diketahui, difahami, dan dihormati oleh semua termasuk pentadbir sekolah, guru, dan murid.

“Sebagai usaha menyemai semangat toleransi, persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, kementerian menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti silang budaya yang dijalankan.

“Merujuk kepada perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu, kementerian tidak pernah menghalang perayaan ini diadakan di sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian juga mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa jika berhasrat untuk mengadakan sambutan perayaan yang tertentu di sekolah.

Surat kementerian 13 Januari itu menjadi perbualan media sosial, kerana ia menyatakan syarat-syarat tertentu bagi orang Islam berdasarkan pandangan Jakim, yang memutuskan orang Islam “haram” menyertai upacara keagamaan yang diadakan sempena pesta Ponggal.


Ia menyarankan orang Islam yang menyertai sambutan Ponggal tidak memakai apa-apa lambang khas agama Hindu, tidak terlibat dalam upacara keagamaan Hindu, dan tidak memasuki rumah ibadat Hindu ketika upacara sedang berlangsung.

Orang Islam juga dilarang memaki, mencaci dan menghina agama itu, dan “harus” mengucapkan selamat kepada rakan dan jiran “tanpa membelakangkan” Islam.

Sementara itu, Jakim dalam kenyataan hari ini memberitahu pandangannya dalam isu Pesta Ponggal itu dibuat atas permohonan kementerian.

Katanya, Jakim hanya memberikan pandangan dari sudut penglibatan orang Islam dan tidak menghalang sambutan tersebut dilaksanakan.

“Malah panel pakar syariah Jakim juga berpandangan harus untuk orang Islam mengucapkan selamat kepada rakan dan jiran yang menyambut perayaan tersebut tanpa niat mengiktiraf agama mereka serta umat Islam tidak boleh memaki dan mencaci serta menghina tuhan-tuhan agama mereka,” katanya. – FMT

Kategori