Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Diskaun Saman Pada...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya...

Kelemahan Psikologi Cabaran Utama...

PETALING JAYA - Kelemahan dari aspek psikologi adalah merupakan cabaran utama buat skuad...

Lelaki Bunuh Diri Selepas...

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati menggantung diri akibat perselisihan faham dan...

Kenal Di FB, Gadis...

JAKARTA - Kehadiran seorang gadis Itali ke sebuah perkampungan di Desa Tragung, Kabupaten...

Lebih 100 Artifak Berusia 17,000 Ditemui Di Baling

BALING – Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa gua di Gunung Pulai, di sini.

Artifak dalam bentuk peralatan batu, pecahan tembikar dan kulit siput sungai, ditemui di tapak-tapak baharu ekskavasi, antaranya di Gua Kelambu, Gua Tembus dan Gua Akar.

Pesuruhjaya Warisan yang juga Ketua Pengarah JWN, Mesran Mohd Yusop, berkata artifak itu ditemui ketika jabatannya sedang menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan antara April hingga Oktober lalu.

“Eksplorasi ini bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini dan mengetahui sebarang kemungkinan jumpaan bukti yang masih belum diterokai penyelidik terdahulu.

“Penemuan artifak ini membuktikan adanya kehidupan prasejarah di kawasan ini dan ia memberikan kita petunjuk baharu mengenai kehidupan mereka suatu ketika dahulu,” katanya.

Mesran berkata, ekskavasi dan penyelidikan di tapak terbabit turut disertai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM).

Sebahagian daripada artifak yang ditemui, katanya, telah dihantar ke Singapura untuk dianalisis dan ditentukan secara tepat usianya.

Menurutnya, jika artifak itu benar-benar berusia 17,000 tahun, ia bermakna penempatan di Gunung Pulai adalah antara yang tertua di negeri ini dan lebih tua berbanding di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah.


Beliau turut menjelaskan, penemuan itu mejadikan Gunung Pulai sebagai tapak arkeologi bernilai tinggi terhadap data arkeologi negara dan sebagai asas dalam mengenali asal-usul masyarakat lampau.

“Ia juga berupaya mempopularkan kawasan ini dan menjadikan Gunung Pulai dan gua-gua di sini sebagai tumpuan pelancong dan penyelidik serta pakar-pakar arkeologi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Arkeologi JWN, Ruzairy Arbi, berkata penemuan peralatan batu itu menggambarkan bahawa masyarakat Paleolitik di sini menggunakan batu secara intensif untuk tujuan pemburuan dan penyimpanan makanan.

Penemuan kulit siput sedut sungai pula, katanya, disifatkan yang paling penting kerana ia menjadi bukti mengenai amalan pemakanan dan diet masyarakat prasejarah di situ.

“Semua artifak ini ditemui di permukaan tanah kawasan gua-gua terbabit dan kita percaya lebih banyak artifak yang tertanam. Kita akan membuat pemetaan dan penggalian dalam tempoh sebulan lagi untuk mencari artifak lain,” katanya.

JWN turut memohon orang ramai agar mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah di kawasan Gunung Pulai kepada pegawai daerah atau pesuruhjaya warisan.

Kategori