Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Kemeriahan Pesta Makan...

BERANI ke anda makan cili mentah-mentah macam tu je?  Ha jangan tak tahu,...

Irwan Serigar Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bukan lagi Pengerusi...

Kajian Mengenai E-Rokok Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kajian mengenai ketagihan rokok elektronik (e-rokok) yang dijalankan oleh Institut...

Pengasas Kelab Komedi Crackhouse...

PETALING JAYA: Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung...

Mahathir Pangku Jawatan Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr. Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.

“Berikutan dengan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan baru-baru ini, Jemaah Menteri pada 8 Januari telah bersetuju agar jawatan tersebut dipangku sementara oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Keputusan ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 dan Dr. Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” memetik kenyataan itu.

Jawatan tersebut kosong apabila Dr. Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan itu pada 2 Januari lalu.


Maszlee berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr. Mahathir pada pertemuan, hari yang sama.

Selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan pada Mei 2018, Dr. Mahathir pernah menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak tercapai apabila ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang menghalang Perdana Menteri memegang portfolio lain. – Astro AWANI

Kategori