Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PM Singapura Isytihar Hari...

SINGAPURA - Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengisytiharkan esok sebagai Hari Perkabungan Kebangsaan...

Kumpulan Bank Pertahan Caj...

GEORGE TOWN - Kumpulan mewakili 26 bank perdagangan mempertahankan bayaran transaksi bagi mesin...

21 Kes Baharu Covid-19,...

MALAYSIA mencatatkan 21 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini...

Pahang Sasar Bina 35,000...

KUANTAN - Kerajaan Negeri akan membina 35,000 lagi rumah mampu milik di Pahang...

“Mahu Saman Saya? Bring It On…” – Yusof Rawther

PETALING JAYA – Bekas pembantu penyelidik di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther menegaskan, beliau sedia berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

“Anwar mahu saman saya? Bring it on… “ katanya dalam sidang media yang diadakan di sini pada Jumaat.

Dalam sidang media itu, Muhammad Yusof ditemani peguamnya, Haniff Khatri.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang membuat keputusan untuk tidak mendakwa seorang ahli politik yang didakwa melakukan serangan seksual.

Sementara itu, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan reaksi Anwar mengenai kenyataan terbaharu Muhammad Yusof.

Bagaimanapun, difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Anwar pada minggu lalu berkata, beliau tidak dapat memaafkan Muhammed Yusoff yang menuduhnya melakukan serangan seksual.

“Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya,” ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu.


AGC pada 14 Januari lalu berkata, tidak akan mendakwa seorang ahli politik yang tidak dinamakan dalam satu kes serangan seksual, atas alasan, tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Menurut Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek, terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam Kertas.

“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup,” katanya sambil menambah penyiasatan boleh dibuka semula sekiranya dan apabila terdapat keterangan baru.

Dalam kenyataan itu juga, Engku Nor Faizah berkata, atas sebab yang dinyatakan, Jabatan Peguam Negara setuju dengan saranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kes itu tidak dilanjutkan. – Astro AWANI

Kategori