Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wanita Cuba Ugut Pemain...

CUBAAN seorang wanita untuk memeras ugut seorang pemain hoki terkenal, Jaromir Jagr, 43,...

Rumah Mewah, Kebun Jadi...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) membayangkan setiap rakyat Johor akan memiliki...

Harry Styles Bercinta Dengan...

AHLI kumpulan One Direction, Harry Styles dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model...

‘Ola Bola’ Kenangan Manis...

KOTA KINABALU - Datuk Hassan Sani dan James Wong, antara wira bola sepak...

Makin Ramai Pindah Luar Bandar

FAKTOR persekitaran di kawasan luar bandar yang semakin baik menarik lebih ramai penduduk berhijrah dari bandar ke luar bandar termasuk golongan pesara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, statistik itu diperolehi berdasarkan Laporan Survei Migrasi Malaysia 2018 dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

Menurutnya kadar migrasi dari bandar ke luar bandar sebanyak 19.5 peratus pada 2018 berbanding 4.2 peratus pada 2016, manakala kadar migrasi dari luar bandar ke bandar bagi 2018 pada 4.8 peratus berbanding 15.2 peratus pada 2016.

“Melihat pola peningkatan penghijrahan penduduk dari bandar ke luar bandar, saya berharap ia turut menarik perhatian dan minat pelabur untuk membuat pelaburan di kawasan-kawasan luar bandar,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2020 di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Rina berkata, pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur berkualiti termasuk ekosistem perniagaan yang baik menyebabkan penduduk luar bandar kini tidak perlu ke bandar untuk menjalankan perniagaan.

“Perniagaan kini pun dapat dijalankan secara dalam talian malahan ada ramai contoh usahawan di luar bandar yang kini bergelar jutawan dengan adanya kemudahan teknologi dan bimbingan yang betul,” katanya.

Berpandukan pola peningkatan migrasi itu, Rina berkata kementeriannya akan meningkatkan usaha menyediakan infrastruktur digital berkualiti tinggi bagi menggalakkan aktiviti perniagaan dalam talian selain program pengukuhan modal insan penduduk bandar.


Beliau berkata antara fokus kementerian pada tahun ini, yang juga tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11, adalah untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar yang jurang antara kumpulan T20 dengan kumpulan B40 masih perlu diberi perhatian.

Berdasarkan Laporan Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 1989 dan 2016, wujud jurang pendapatan yang terus melebar antara kumpulan T20 dan B40 daripada RM1,935 pada 1989 kepada RM10,148 pada 2016, katanya.

“Saya berharap bermula tahun ini, gerak kerja pembangunan sosio ekonomi dan modal insan masyarakat luar bandar dilaksanakan secara menyeluruh agar selepas 2030 masyarakat luar bandar tidak lagi dikaitkan dengan kemiskinan,” kata beliau.

Rina berkata sejumlah RM8.415 bilion diperuntukkan kepada kementeriannya pada tahun ini, membabitkan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.224 bilion dan peruntukan mengurus sebanyak RM3.192 bilion.

Sebanyak 77 program akan dijadikan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4.67 bilion dengan sasaran penerima manfaat seramai 1.158 juta orang, katanya.

Kategori