Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Video: Pelancong Berjaya Rakam...

MITOS tentang kewujudan makluk aneh berbulu tebal yang digelar Bigfoot sememangnya sering diperkatakan...

“Peruntukan Dah Lama Lulus,...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus...

Pemegang Ijazah Palsu Perlu...

PENGERUSI Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, mahu...

Kerajaan Cadang Tubuh Pusat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang menubuhkan sebuah Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan bagi...

Malaysia Tak Guna Ubat HIV Rawat Pesakit Koronavirus

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggunakan sebarang ubat HIV bagi merawat empat pesakit koronavirus warga China yang sedang menerima rawatan di hospital negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan ubat tersebut perlu disahkan keberkesanannya terlebih dahulu.

“Perlu disahkan kerana kita tahu vaksin sedang diproses dan mengambil masa beberapa bulan.

“Kita tidak menggunakannya (ubat HIV),” katanya.

Menurutnya, kesemua pesakit koronavirus berada dalam keadaan stabil.

“Rawatan dilakukan dan mereka stabil,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas dan taklimat bersama Menteri Pelancongan Seni dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi di sini hari ini.

Sebelum ini, China dilapor menggunakan ubat HIV Lopinavir/Ritonavir (LPV/r) untuk merawat pesakit di negara itu.


Mengulas mengenai perkembangan terkini wabak itu, Dr. Dzulkefly berkata, tiga kes terbaharu disyaki mengalami simptom koronavirus direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

“Kesemuanya adalah warga China dan dikuarantin di Hospital Bintulu serta Hospital Langkawi sementara menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Menurutnya, lima kes disyaki koronavirus seperti dilapor semalam disahkan negatif.

“Sebelum ini mereka dikuarantinkan di Hospital Bintulu, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Langkawi,” katanya. – Sinar Harian

Kategori