Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Persatuan Sambut Baik Kenaikan...

KUALA LUMPUR – Penjajaran harga gas tempatan dengan pasaran antarabangsa telah mewujudkan persekitaran...

5 Didakwa Kes Tuntutan...

KUCHING - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman lima hari...

Remaja Perempuan Ketagih Porno...

LONDON - Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan...

Aniaya Kanak-Kanak, Pengasas Rumah...

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa sekali lagi...

Masjid Putra Dibuka Semula Kepada Pelancong

PUTRAJAYA – Masjid Putra yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan koronavirus novel 2019, dibuka semula pada jam 2 petang tadi.

Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus.

“Sebelum ini, Masjid Putra ditutup kepada lawatan berikutan ada kebimbangan terhadap keselamatan petugas masjid memandangkan kita menerima ramai pengunjung asing setiap hari.

“Bermula hari ini, petugas akan ikut nasihat Kementerian Kesihatan seperti memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, beberapa masjid yang menjadi tumpuan pelancong seperti Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dilaporkan ditutup kepada lawatan pelancong asing berikutan kebimbangan terhadap koronavirus.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan kesal dengan larangan itu dan menyatakan ia bukanlah dasar kerajaan.

Kategori