Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TH Peka Ancaman Keselamatan...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa peka berhubung risiko ancaman keselamatan terhadap...

Penduduk Sifatkan Pembangunan Sebagai...

KLUANG - Pengumuman beberapa projek pembangunan infrastruktur oleh kerajaan negeri di daerah ini...

Pengundi Sungai Kandis Diseru...

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyeru pengundi berdaftar di kawasan...

Sangkal Dakwaan Ada Calon...

KUCHING - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg...

Maszlee Letak Jawatan Bukan Kerana Buat Banyak Salah – Mahathir

PUTRAJAYA – Peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau melakukan banyak kesalahan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaskan, sepanjang memegang jawatan, Maszlee juga melakukan perkara baik namun beliau menasihati Ahli Parlimen Simpang Renggam itu supaya berundur daripada Kabinet.

“Bagi pengisian jawatan Menteri Pendidikan ini akan ditentukan oleh saya kerana ini adalah kuasa prerogatif saya,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, sebentar tadi.

Maszlee yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan meletak jawatan Menteri Pendidikan, Khamis lalu.

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya, Maszlee berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Perdana Menteri.


Maszlee berkata, dalam tempoh 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan dengan pelbagai pencapaian, malangnya ia tidak dijadikan tajuk utama tetapi tajuk yang sensasi lebih mewarnai media massa.

Beliau berkata, banyak isu sensitif dan sengaja diperbesarkan lebih menjadi pilihan utama sehingga menjadikan dirinya menteri yang menimbulkan banyak krisis dalam pendidikan.

“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan sarapan percuma, dan saya percaya keputusan ini bukan pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan baharu,” katanya. – BH Online

Kategori