Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Budak Bahayakan Diri, Enggan...

CHINA – Gara-gara bimbang dimarahi ibunya kerana gagal membuat kerja sekolah, seorang budak...

Tengku Abdullah Titah Wujud...

PEKAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan kerajaan negeri...

Pemimpin Dunia Zahir Kesedihan...

BANGKOK : Pemimpin dunia memberi reaksi terhadap berita tragedi pembunuhan menggunakan pisau dan...

PAS Kesal Peserta Bersih...

BACHOK - PAS hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram...

Menteri Kesihatan Thailand Nafi PM Dijangkiti Koronavirus

BANGKOK – Menteri Kesihatan Thailand menafikan dakwaan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mungkin dijangkiti koronavirus.

Menurut laporan Bloomberg, jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat berkata, Prayut terpaksa membatalkan beberapa program hari ini selepas berasa tidak sihat.

Bagaimanapun, beliau tetap menerima panggilan telefon dan melakukan kerja lain.

“Saya mengambil cuti sakit hari ini kerana tidak sihat seperti dinasihatkan doktor,” tulis Prayut menerusi Twitter miliknya.

Sehari sebelumnya, Prayut dilihat memakai topeng muka ketika melawat Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok untuk memeriksa langkah pemantauan bagi konorovirus.

Menjelang petang, tanda pagar #PrayforPrayuth mula menjadi trending di Twitter di Thailand dengan lebih 35,000 tweet.


Kebanyakan daripada tweet tersebut mendoakan beliau supaya segera sembuh.

Menjawab soalan daripada pemberita, Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul menolak dakwaan bahawa Perdana Menteri dijangkiti koronavirus.

Setakat ini, Thailand mengesahkan 14 kes dari pelancong China dan memantau 135 yang lain. – Agensi

Kategori