Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Pemain Bola Sepak...

PUTRAJAYA - Bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan reman selama tujuh hari bagi...

Sibuk Mengarah, Rusdi Ramli...

OLEH kerana terlalu sibuk di kerusi pengarah, pelakon Rusdi Ramli, 47, terpaksa menolak...

Tajul Hilang Sabar, Kecaman...

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi, Tajul yang juga merupakan adik kepada kepada allahyarham...

TV OLED LG Paling...

SEOUL - Berbanding zaman nenek moyang kita dahulu, set peti televisyen moden kini bukan...

Momota Patah Tulang Hidung, Kecederaan Lain Di Muka

KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, disahkan patah tulang hidung dan mengalami kecederaan lain di bahagian muka akibat kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Ismadi Borhan, berkata Momota bersama tiga lagi mangsa yang cedera dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan tiga lagi mangsa terbabit ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.

Menjelaskan lanjut, Ismadi berkata, Momota luka di bahagian bibir dan menerima jahitan, manakala Akifumi mengalami patah tangan.

“Yu pula hanya luka di bahagian muka dan kaki kanan, sementara Thomas luka di bahagian kepala, kaki kanan serta peha,” katanya.


Ismadi berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari ibu kota.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH Online

Kategori