Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Lepas Bunuh, Campak...

SEORANG lelaki ditemui tidak lagi bernyawa dalam sebuah longkang di Jalan Bagan Dalam Butterworth,...

Hasrat Ecah Jumpa Perdana...

SUNGAI BESAR - "Sangat gembira" - itulah sahaja yang mampu diucapkan oleh Siti...

CAP Gesa Kerajaan Lebih...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan bertegas mengharamkan terus rokok...

Kerajaan Bukan Samseng –...

KUALA LUMPUR - "Kerajaan bukan samseng. Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti...

Najib Beli Hadiah RM3.2 Juta Guna Kad Kredit Sendiri

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau membeli hadiah untuk isteri Perdana Menteri Qatar pada 2014 menggunakan kad kredit sendiri bagi mengelak menggunakan wang awam.

Keterangan itu diberi Najib ketika ditanya mengenai pembayaran RM3.2 juta untuk pembelian hadiah di premis De Grisogono, Itali pada 2014.

Menurut Najib lagi, hadiah itu dibeli untuk diberikan kepada isteri Sheikh Ahmed Jassim al-Thani.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram juga bertanya mengenai tujuan Najib membuka akaun bagi kad kredit itu di Ambank sebelum itu.

Sithambaram: Hadiah untuk ketua-ketua negara diambil dari dana kerajaan. Perdana menteri tak sepatutnya menggunakan gaji sendiri.


Najib: Ada akaun (kad kredit) dan saya tak mahu menggunakan wang awam untuk membeli hadiah kepada (isteri) Perdana Menteri Qatar. Lagipun beliau adalah kawan baik saya.

Najib juga menegaskan hadiah tersebut mahal justeru tidak mahu dana awam digunakan untuk membelinya.

Najib berdepan tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – Sinar Harian

Kategori