Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gelekan Maut: Gadis California...

TWERKING atau mudah dikatakan sebagai gelekan 'maut' sudah semakin digilai remaja perempuan di...

Wanita Hina Islam Dibebas...

ISLAMABAD - Seorang wanita Pakistan beragama Kristian dibebaskan dari penjara seminggu selepas Mahkamah...

Lebih Baik BR1M Daripada...

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1...

Sibuk Menyanyi, Mya Tolak...

PENYANYI Mya yang sebelum ini dikenali sebagai Maya Matahari sudah lama tidak menghiasi...

Najib Fail Permohonan Prosiding Saman Tony Pua

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan menangguhkan prosiding kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Tan Cheng Leong, yang mewakili Pua ketika ditemui media, berkata Najib memfailkan permohonan itu agak lewat iaitu pada 23 Disember lalu.

“Sehubungan itu, Hakim Datuk Rozana Ali Yusof sudah menetapkan 6 Januari untuk pengurusan kes bagi semua pihak mengemukakan bantahan atau bersetuju terhadap permohonan itu,” katanya sebaik selesai prosiding pengurusan kes dalam kamar di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Cheng Leong, berkata Najib memfailkan permohonan penangguhan itu sementara menunggu perbicaraan kes 1MDB yang dihadapinya selesai sebelum memulakan prosiding saman berkenaan.

“Setakat ini Najib belum memfailkan pernyataan pembelaannya.

“Pihak responden (Najib) memaklumkan, sekiranya mereka memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman ini ia akan menyebabkan prejudis pembelaan kes jenayah yang dihadapi beliau,” katanya.

Pada 19 November 2019, panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membenarkan rayuan Pua untuk mengembalikan semula samannya terhadap Najib dan kerajaan yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2017.

Tengku Maimun merujuk semula perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan dan menetapkan 26 November untuk sebutan.


Pada Julai 2018, Pua gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, selepas menolak rayuan Pua.

Beliau kemudiannya mendapat kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Pua menyaman Najib dan kerajaan atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1MDB dan memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa Najib adalah seorang pegawai awam kerana beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, Perdana Menteri pada ketika itu dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan dalam kapasiti berkenaan beliau mempunyai peranan secara langsung dan tidak langsung dalam membuat keputusan dan hala tuju 1MDB.

Pada prosiding itu peguam Nor Hazirah Abu Haiyan mewakili Najib manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali mewakili kerajaan. – BH Online

Kategori