Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Wajah Terbaru Nico, Dian...

KALAU ditanya kepada semua gadis-gadis yang berusia lewat 20-an dan awal 30-an, siapakah...

Bapa Dipenjara, Didenda RM600...

KUALA LUMPUR - "Kalau awak rasa awak susah, ramai lagi orang lain yang...

Lelaki Myanmar Cedera Parah...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki warga Myanmar mengalami kecederaan parah di perut selepas...

212 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHARU - Jumlah mangsa banjir di Simpang Renggam dekat Kluang meningkat kepada...

Najib Terkejut Pendedahan SPRM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengaku terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sembilan set rakaman percakapan didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Ia susulan sidang media khas diadakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, hari ini, yang turut memperdengarkan klip audio perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd.

Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal 1MDB kepada Najib pada 2016.

Sehubungan itu, Najib berkata, beliau sedang mengkaji dan merujuk kandungan pendedahan berkenaan dengan peguamnya.

“Saya akan mengkaji dari segi undang-undang dan apa tindakan yang boleh diambil kerana saya adalah ketua kerajaan pada ketika itu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Bekas Perdana Menteri itu mendakwa perkara berkenaan tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara ini, selain mempersoalkan pendedahan terbabit dibuat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.

Terdahulu, Latheefa pada sidang media di Putrajaya berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.

Latheefa berkata, perbincangan antara individu dalam rakaman itu menunjukkan wujud elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit kerajaan, cubaan memalsukan bukti dan ancaman keselamatan negara. – BH Online

Kategori