Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

8 Daerah Berisiko Tinggi...

MUADZAM SHAH – Sebanyak lapan daerah di Pahang yang dikategorikan sebagai kawasan yang...

Harga Petrol RON97 Naik...

PETALING JAYA - Harga petrol RON97 akan naik 14 sen daripada RM2.53 kepada...

Wisma Putra Siasat, Lapor...

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar Negeri (KLN) akan menjalankan siasatan dalaman dan membuat...

6 Militan Maut Pertempuran...

SRINAGAR (Kashmir yang dikuasai India) - Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dalam pertempuran di...

Patut Gantung Visa Kepada Seluruh Warga China – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan seharusnya menggantung pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu bagi mengekang penularan koronavirus di Malaysia.

Menurutnya, penggantungan itu tidak sepatutnya untuk penduduk di bandar Wuhan dan wilayah Hubei sehaja.

“Datuk Bandar Wuhan mengaku semalam bahawa lima juta penduduk bandar itu telah berjaya keluar sebelum sekatan dikenakan kerajaan China bermula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu kerajaan memantau keadaan rakyat Malaysia di kawasan terjejas terutamanya di bandar Wuhan.

“Kepada para petugas terutama kakitangan perubatan serta penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan krisis ini, terima kasih atas pengorbanan demi negara.


“Saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga kita semua dilindungi ALLAH,” katanya.

Kelmarin, Duta Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin mengesahkan hanya tinggal 28 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar dan profesional masih berada di bandar Wuhan. – Sinar Harian

Kategori