Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

11 Warga Filipina Ditahan...

KOTA KINABALU - Anggota keselamatan Malaysia menahan 11 warga Filipina kerana melanggar syarat...

Tanah Runtuh: Kesemua Mayat...

GEORGE TOWN - Kesemua 11 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di...

Datuk Bandar Aceh Serbu...

Banda Aceh - Datuk Bandar Aceh, Illiza Saaduddin Djamal semalam menyerbu satu pertandingan...

Pribumi Bersatu Malaysia Parti...

MENURUT sumber Free Malaysia Today, parti baharu yang bakal dinaungi bekas perdana menteri,...

Pekerja ECRL Jangan Kembali Hingga Keadaan Terkawal

KUALA LUMPUR – Pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang pulang ke kawasan dijangkiti 2019 novel koronavirus di China sempena cuti Tahun Baru Cina, baru-baru ini, dinasihatkan supaya tidak kembali bekerja di negara ini sehingga keadaaan kembali terkawal.

Pemilik projek dan aset ECRL, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) berkata ini antara langkah proaktif diambil pihaknya selari Pelan Pengurusan Kecemasan bagi kawalan penyakit berjangkit termasuk koronavirus dan influenza A yang telah disiapsiagakan kontraktor utama China Communications Construction ECRL Sdn. Bhd. (CCC-ECRL) sebelum cuti perayaan itu bermula lagi.

Langkah-langkah lain termasuk menjalankan pemeriksaan suhu badan dan kawalan kesihatan terhadap semua pekerja di setiap tapak projek berkenaan, menurut MRL dalam satu kenyataan.

“Semua tindakan yang disarankan di dalam pelan tersebut sudah tersedia ada untuk mengekang penularan wabak koronavirus,” menurut kenyataan itu.

Kategori