Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Konsert Artis Tajaan Syarikat...

PETALING JAYA - Mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak...

‘Ciri-Ciri GST Sudah Ada...

Kuala Lumpur : Biarpun tidak secara jelas menyebut cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

Ahli Parlimen Mexico Dibunuh...

GUADALAJARA, Mexico - Seorang ahli Parlimen Mexico diculik, kemudian bunuh dan dibakar selepas...

KKM Sah Belum Ada...

LEGA... Sehingga kini, tiada kes listeriosis dilaporkan berlaku di Malaysia kerana memakan tembikai...

Pelajar Nigeria Ditahan Walaupun Miliki Dokumen Sah – Saksi

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu inkues kematian pelajar PhD warga Nigeria bahawa mangsa mempunyai dokumen yang sah ketika pegawai imigresen menyerbu pangsapuri dan menahannya pada Julai tahun lalu.

Mohd Hafiz Mohammad Ruszali, pegawai imigresen Wilayah Persekutuan berkata, pemeriksaan pada sistem komputer mendapati pasport dan pas pelajar Thomas Orhions Ewansiha adalah sah.

Hafiz berkata pas pelajar Thomas akan tamat pada 23 September 2019 dan pasport Nigeria pada 27 Julai 2023.

Walaupun dokumen itu diperakui, katanya, pegawai yang mengetuai serbuan itu meminta Thomas ditahan untuk memastikan jika dia benar-benar seorang pelajar.

“Ketika operasi, dia cuba melarikan diri,” katanya.

Ketika ditanya peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga Thomas, hafiz berkata, dia secara peribadi tidak melihat mangsa cuba melarikan diri.

“Pada masa itu, semua warga Nigeria melarikan diri,” katanya.

Hafiz berkata pihaknya mengesahkan Thomas mempunyai dokumentasi yang sah pada pagi 5 Julai 2019, sehari selepas serbuan itu, di mana Rajesh secara menyindir berkata “itu cukup berkesan”.

Dia berkata Universiti Limkokwing juga mengesahkan Thomas adalah pelajar di sana.


Hafiz berkata dia melihat luka di kaki Thomas dan merujuk perkara tersebut kepada pegawai Jabatan Pertahanan Awam, Mohamad Nazri Mohd Sa’ari Koh.

Rajesh: Adakah anda tahu apa-apa ubat diberikan kepada si mati?

Hafiz: Saya hanya tahu ubat telah diberikan untuk luka.

Thomas ditahan bersama 19 yang lain semasa serbuan itu. Inkues sebelum ini mendengar polis diberitahu tentang kematiannya di depot tahanan imigresen di Bukit Jalil pada 9 Julai, 5 hari selepas dia ditahan.

Keluarga Thomas memfailkan permohonan inkues ke atas kematiannya, kerana mereka mengesyaki dia mungkin diserang dan tidak diberikan ubat ketika ditahan.

Perbicaraan di hadapan koroner Mahyon Talib diteruskan pada 13 Februari. – FMT

Kategori