Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Padah Sisa Elektronik Termasuk...

PETALING JAYA - Terdapat lebih daripada 66 juta telefon bimbit di Malaysia iaitu...

FBI Siasat Motif Lelaki...

SAN FRANCISCO - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) hari ini menyiasat punca yang mendorong...

Neelofa Tahu Hans Mahu...

LUMRAH jadi selebriti, usaflah cantik dan popular, kisah cinta walaupun sudah lama berlalu...

Anggota UMNO Perlu Saling...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota...

Pelaksanaan Pas Sementara Sabah Dibatalkan

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijangka dilaksanakan Jun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri dalam Mesyuarat Kabinet Negeri hari ini supaya PSS dibatalkan selepas mendengar suara rakyat secara keseluruhan.

“Kita mendengar suara rakyat yang ada. Maka itu Kabinet negeri memutuskan supaya kita maklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab membatalkan rancangan untuk meneruskan pelaksanaan PSS, Jun ini.

“Kita akan maklumkan kepada KDN dalam pertemuan minggu depan mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung PSS.

PSS menjadi antara isu besar ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis baru-baru ini yang menyaksikan Barisan Nasional mengekalkan kemenangan di situ. – BH Online

Kategori