Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Enakmen Antilompat Parti Pulau...

PUTRAJAYA : Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini, memutuskan bahawa peruntukan di...

Pemain Pulau Pinang Pula...

KUALA LUMPUR - Liga Malaysia (Liga-M) terus dicemari isu tunggakan gaji apabila kali...

Tembak Mati 5 Pengikut...

Riyadh - Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima orang di perhimpunan Syiah di...

PBB Beri Amaran Perubahan...

MOSCOW: Jumlah kebakaran hutan di seluruh dunia mungkin meningkat 14 peratus menjelang 2030...

Pelantikan Tok Pa Bersebab – Mahathir

KUALA LUMPUR – Keputusan melantik Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bersandarkan beberapa faktor, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ketika ini berdepan masalah kekurangan kepakaran dan individu berpengalaman untuk menguruskan pentadbiran.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan memilih melantik bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai Pengerusi TERAJU berdasarkan pelbagai merit.

“Beliau (Mustapa) mempunyai pengalaman, kita kekurangan orang yang mempunyai pengalaman dalam kerajaan dan di luar, jadi kita perlukan orang berpengalaman,” katanya kepada media, hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian selepas hadir merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini.

Pelantikan Mustapa yang diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin semalam itu adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Disember 2019.


Mohamed Azmin dilaporkan berkata, beliau menaruh keyakinan percaturan melantik Mustapa berupaya memacu usaha ke arah meningkatkan daya saing Bumiputera bersandarkan pengalaman menggalas pelbagai portfolio dalam pentadbiran awam sebelum ini.

Mustapa mempunyai rekod pengalaman dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, pendidikan dan perdagangan, malah pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk tempoh 2009 hingga 2018.

Beliau turut menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tempoh 2008 hingga 2009, Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2004-2006), Menteri Kewangan II (1998-1999), Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999) dan Timbalan Menteri Kewangan (1993-1995). – BH Online

Kategori