Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pekin Ibrahim Tiada Pengganti...

PETALING JAYA - Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan...

Sedia Peluang Kerja Lebih...

KUALA LUMPUR - Menyediakan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji yang tinggi adalah lebih...

Mohamad Laksana Tugas Presiden...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini...

Dulu Awie Cuba Elak...

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini...

Pemimpin Politik Diminta Jangan Bangkitkan Isu Sensitif – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merayu ahli dan pemimpin politik agar tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh perkauman dan agama yang boleh menggugat keharmonian negara.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menggunakan kepelbagaian kaum dan agama yang wujud di negara ini untuk menjana perpaduan dan kekuatan negara seperti yang diamalkan oleh negara luar.

“Saya merayu agar ahli dan pemimpin politik memahami dinamiknya negara ini yang mempunyai kepelbagaian kaum serta agama.

“Mereka sewajarnya menggunakan kepelbagaian itu untuk menjana kekuatan seperti yang dibuat oleh beberapa negara maju.

“Kita harap mereka menggunakan kebijaksanaan dan pendekatan berhemah, jangan lakukan sesuatu aktiviti dengan niat menyakitkan hati dan seolah-olah mencabar pihak lain, maka suasana ‘suhu’ (tidak harmoni) itu akan meningkat.

“Kenapa di Parlimen mereka (ahli politik) boleh bertepuk tampar, tetapi bila di luar lain pula nadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas bersama 10 pengarah jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan sewajarnya dan secara adil mengikut lunas undang-undang dalam menangani isu sensitif, termasuk hasutan dan fitnah oleh sesetengah pihak.

“Perkara sedemikian amat merugikan negara dan membuang masa polis yang terpaksa mengorbankan banyak masa untuk menjalankan siasatan dan membuat kawalan (konvensyen dan demonstrasi).

“Anggota saya terpaksa membuat kerja lebih masa, termasuk pada hujung minggu sedangkan tenaga mereka sepatutnya boleh difokuskan untuk perkara yang lebih penting seperti membanteras jenayah dan menjaga keamanan,” katanya.


Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, untuk tahun 2020, beliau berikrar untuk terus fokus meningkatkan integriti dalam kalangan warga pasukannya bagi memastikan mutu perkhidmatan PDRM terus dipertingkatkan.

“Sekiranya integriti dalam kalangan pasukan PDRM dipertingkatkan, saya yakin 80 peratus masalah dapat diatasi dan penyampaian perkhidmatan PDRM menjadi lebih licin dan orang ramai mendapat hak dan keadilan di sisi undang-undang.

“Integriti adalah segala-galanya dalam mana-mana badan penguatkuasaan yang diamanahkan memikul tanggung jawab menguatkuasakan undang-undang. Sekiranya ada integriti, separuh masalah akan selesai,” tegas beliau.

Selain itu, pihaknya juga akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahan anggota PDRM pada masa akan datang.

“Dengan keanggotaan tidak bertambah, kita sudah memohon kepada JPA tetapi tidak diluluskan, maka, kita terpaksa meminjam anggota daripada jabatan lain,” katanya.

Abdul Hamid berkata, beliau akan meneruskan usaha menambah prasarana PDRM, premis kediaman kakitangan yang sudah diluluskan dan selain penyeragaman beberapa elaun untuk anggotanya.

Beliau juga berpuas hati dengan pencapaian semua jabatan di bawah PDRM kerana mampu memainkan peranan masing-masing dengan baik sepanjang tahun lalu, namun masih ada ruang untuk menambah baik perkhidmatan.

“Menjelang akhir tahun ini, kita akan pastikan nama PDRM dihormati dan kami berusaha untuk meningkatkan integriti walaupun tidak boleh dibuat secara mendadak,” katanya. – BH Online

Kategori