Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Isytihar Semua Penumpang...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini...

Zaman PM Ke-4 Dulu...

SELEPAS dikejutkan dengan pelbagai kejutan, rakyat Malaysia sekali lagi terkejut apabila kerajaan Pakatan...

Guru Biologi Marin Cipta...

KENANGAN... Stephen Hillenburg, pencipta kartun SpongeBob Squarepants popular menerusi televisyen, pawagam dan pentas, disahkan...

Kanak-Kanak Jatuh Sungai Dikuatiri...

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Taman Rainbow,...

Penamaan Calon PRK Kimanis Tegang

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dilaporkan tegang daripada penyokong kedua-dua parti, Warisan dan Barisan Nasional (BN).

Situasi tegang itu dilaporkan berlaku apabila kedua-dua pihak mendekati pintu pagar dewan penamaan calon.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), kedua-dua pihak dikatakan melakukan provokasi dengan penyokong BN memanggil penyokong Warisan “penipu” dan menjerit “PSS”.

Tindakan itu didakwa merujuk kepada tuduhan BN terhadap kegagalan Warisan-PH-Upko menunaikan manifesto pilihan raya mereka dan kontroversi melibatkan Pas Sementara Sabah.

Bagaimanapun, penyokong Warisan hanya menyanyikan lagu Sabah.

Situasi itu dirakam ketika kedua-dua pihak mula berarak mengiringi calon masing-masing ke dewan penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Dun Banir.

Dalam situasi itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal turut mengingatkan penyokongnya agar tidak mencetuskan provokasi kepada pihak lawan.


Ketua Menteri Sabah itu juga dilihat menegangkan pita “jangan melintas garisan” sambil mengarahkan polis mengawal keadaan.

“Tolong jangan provokasi mereka. Jangan memulakan pergaduhan,” kata Shafie.

PRK Kimanis hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan Warisan.

BN mempertaruhkan Datuk Mohamad Alamin sebagai calon bagi menentang calon Warisan, Datuk Karim Bujang.

PRK kesepuluh selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu dengan membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman. – Agensi

Kategori