Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong ‘Belanja’ Petugas Media...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali...

Amira Berdepan Lima Calon...

JOHOR BAHRU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan persaingan sengit,...

Saya Sendiri Boleh Letak...

LOUIS van Gaal mendedahkan dia sendiri boleh membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai...

AFC, FIFA ‘Haram’ Indonesia...

JAKARTA — Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi pada Rabu melarang Indonesia daripada menyertai...

Pendakwaan Gagal Cabar Kebolehpercayaan Najib

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan Datuk Seri Najib Razak melalui keterangannya membabitkan dokumen pinjaman dana oleh SRC International Sdn. Bhd. daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menolak permohonan itu selepas mendapati tiada percanggahan material di antara keterangan diberikan Najib kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan melalui pernyataan saksi yang dikemukakan bekas Perdana Menteri itu mahkamah.

Mohd Nazlan berkata tidak ada alasan bagi pendakwaan untuk meneruskan prosiding mencabar kebolehpercayaan Najib dan mengarahkan prosiding bela diri kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib diteruskan.

Permohonan pendakwaan itu timbul ketika Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, menyoal balas Najib pada sesi pagi berhubung dokumen yang ditandatangani bekas Perdana Menteri itu membabitkan pinjaman SRC daripada KWAP.

Sithambaram memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya membuat permohonan berkenaan selepas Najib sendiri mengakui bahawa terdapat percanggahan serius di antara dua kenyataan itu.


Katanya, permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 145 dan 155 Akta Keterangan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh yang mewakili Najib bagaimanapun membantah permohonan itu dengan alasan percanggahan berhubung dua kenyataan terbabit sudah diperjelaskan oleh Najib.

Kedua-dua belah pihak kemudian diperintahkan hakim untuk mengemukakan hujahan masing-masing. – BH Online

Kategori