Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hala Tuju Baharu RMK11...

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka hala tuju baharu Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)...

Perbicaraan Kes 1MDB Najib...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Lelaki Cedera Ditembak Dihadap...

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah bank di sini...

UMNO Tolak Syor Lantik...

KUALA LUMPUR - UMNO menolak cadangan untuk melantik bekas Presiden, Datuk Seri Najib...

Penunjuk Perasaan AS Bantah Perang Dengan Iran

WASHINGTON – Kumpulan penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘no war on Iran’ berkumpul di Washington, New York dan seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam bagi memprotes pembunuhan seorang komander tentera tertinggi Iran dalam serangan dron AS.

Di luar Rumah Putih, kira-kira 200 orang berkumpul dan melaungkan pelbagai slogan antaranya ‘No Justice, No Peace, US out of the Middle East’.

Penganjur himpunan berkata, demonstrasi diadakan di 70 bandar AS bagi mengutuk pembunuhan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qasem Soleimani Jumaat lalu susulan serangan udara yang diarahkan Presiden Donald Trump.

Serangan terbabit menimbulkan kebimbangan berlakunya perang dahsyat di Asia Barat.

“Kami tidak akan membenarkan negara kami terjebak ke dalam sebuah lagi peperangan,” kata salah seorang peserta protes di luar Rumah Putih.

Kumpulan penunjuk perasaan kemudian bergerak menuju Trump International Hotel yang terletak berhampiran rumah agam presiden.

“Negara ini dalam genggaman seorang yang mentalnya tidak stabil, saya maksudkan Donald Trump.

“Dia tidak waras dan mempunyai tindak balas kebudak-budakan dalam segala hal. Saya berpendapat dia dengan mudah akan mencetuskan kemelut di Asia Barat,” kata seorang peserta demonstrasi, Sam Crook, 66 kepada AFP.


Sementara itu, Shirin, 31, seorang warga Iran-Amerika berkata, dia bimbang kemungkinan perang dengan Iran yang telah berikrar akan membalas dendam kematian Soleimani.

“Kita telah membelanjakan berbilion dolar untuk perang di Iraq dan perang di Afghanistan. Apa yang mahu kita tunjukkan?” kata Shirin.

Menurutnya, pencerobohan AS di Iraq pada tahun 2003 menyebabkan ketidakstabilan di seluruh rantau berkenaan dan memperkuatkan Iran yang kini kuasa politik, sosial dan budaya yang besar di Iraq.

Di Times Square, New York para penunjuk perasaan berarak dengan papan tanda membantah prospek perang dengan Iran dan menggesa pengunduran 5,000 tentera AS di Iraq.

Para penunjuk perasaan turut berarak di bandar termasuk Chicago dan Los Angeles. – Agensi

Kategori