Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Doktor Keluarkan Belut 50cm...

GUANGZHOU - Alangkah terkejutnya seorang doktor apabila menemui seekor belut 'gergasi' berenang-renang di dalam...

Polis Tumpas Sindiket Edar...

SHAH ALAM - Polis menahan 10 pekerja kedai makan warga Thailand di sebuah...

Sharbinee Masih Direhatkan –...

KUALA TERENGGANU - Penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak akan...

SPRM Pahang Tahan Pegawai...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

‘Perjanjian Abad Ini,’ Palestin Beri Amaran Israel, AS

RAMALLAH – Pucuk pimpinan Palestin pada Khamis berikrar untuk tidak mengiktiraf pelan damai Timur Tengah, pelan yang pernah ditolak sebelum ini dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap pengumuman perjanjian itu, lapor agensi berita Anadolu

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeinah berkata dalam satu kenyataan, kepemimpinan Palestin menolak sebarang langkah oleh AS yang melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

“Sekiranya perjanjian yang ditolak itu diumumkan, kepemimpinan akan mengumumkan beberapa langkah untuk melindungi hak kami dan menuntut Israel bertanggungjawab penuh sebagai pihak yang menduduki,” kata Rudeinah.

Beliau memberi amaran kepada Israel dan pentadbiran AS untuk tidak melangkaui mana-mana garisan merah.

Beliau juga menyeru agar pendudukan Israel tehadap Palestin sejak 1967 ditamatkan.


Rudeinah berkata, sebuah negara Palestin yang bebas perlu diwujudkan dan Baitulmaqdis Timur harus diiktiraf sebagai ibu negara.

Terdahulu, Rumah Putih pada Khamis berkata Presiden Donald Trump mempelawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan saingan politiknya Benny Gantz untuk melawat Washington pada Selasa, ketika laporan mengatakan AS akan mendedahkan pelan damai Timur Tengah.

Pelan itu juga dikenali sebagai “perjanjian abad ini”. 

Kategori