Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rupa Kini Adik Comel...

MASIH ingatkah lagi anda dengan adik comel ni?Betapa cepat masa berlalu, adik ini...

Tradisi Kahwin Buaya Kerana...

PELIK… Datuk Bandar di sebuah bandar di Mexico telah mengahwini seekor buaya betina...

Asyraf Wajdi Kesal Guan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan...

Kebiadapan PAS Minta Menteri...

KUALA LUMPUR - PAS mengeluarkan kenyataan biadap apabila menyuruh Menteri Perdagangan Dalam Negeri,...

Permohonan Lokman Ketepi Prosiding Komital Ditolak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, bagi mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Prosiding komital itu susulan Lokman didakwa mengugut saksi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi terbabit ialah Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, iaitu bekas Pegawai Khas Najib yang merupakan seorang daripada saksi penting dalam kes berkenaan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Lokman dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.

Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpendapat bahawa surat tunjuk sebab boleh dikeluarkan oleh pihak lain, selain mahkamah.

“Mahkamah juga mendapati kenyataan oleh Peguam Negara adalah jelas dan mencukupi ketika ia dibawa kepada perhatian responden,” katanya. – BH Online

Kategori