Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tabah Harungi 20 Tahun...

MELAKA - Pesakit Cerebral Palsy, Amirah Azman, 20, hanya mampu berinteraksi melalui pergerakan...

Isu Forex BNM: 27...

KUALA LUMPUR - Polis telah merakamkan kenyataan daripada 27 individu sejak tahun lepas...

Nuha Tulis Lagu ‘Kekasih...

BEKAS peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF14) Nuha atau nama sebenarnya Syamila...

Pelajar Tak Tidur Malam...

KUALA LUMPUR - Bimbang tidak boleh bangun awal pagi untuk menyaksikan majllis pelancaran...

Polis Berjaya Kesan Aset Milik Jho Low, Keluarga

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan polis berjaya mengesan aset dalam bentuk hartanah di dalam negara bernilai jutaan ringgit dipercayai milik ahli perniagaan dikehendaki Low Taek Jho dan keluarganya.

Abdul Hamid berkata, walaupun pada ketika ini beliau masih gagal membawa pulang Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, beliau tidak akan putus asa memandangkan wang dimiliki ahli perniagaan itu dirompak dari rakyat.

ā€œSaya tidak putus asa. Sebagaimana saya sebutkan, ini adalah satu rompakan yang besar, merugikan negara dan saya dengar-dengar dia masih mempunyai berbilion (wang) lagi yang dalam kawalan dia.

ā€œTerbaru, yang paling saya hendak sebutkan di sini, usaha mengesan aset milik keluarga ā€˜perompakā€™ ini, menemui beberapa kejayaan. Kita dalam usaha untuk ambil semula, sita dan rampas.

ā€œAset itu dalam bentuk harta, premis kediaman di dalam negara. Nilainya adalah jutaan ringgit. Ia adalah wang anda, wang saya dan wang kita. Kita mahukannya setiap sen semula,ā€ katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu, Low memberitahu The Straits Times dalam satu temubual e-mel, bahawa beliau hanya akan pulang dan berdepan tuduhan berkaitan skandal 1MDB, jika iklim politik sesuai.

Keberadaan ahli perniagaan itu belum diketahui, dan baru-baru ini Abdul Hamid menyuarakan kekecewaan apabila terdapat pihak berkuasa asing enggan bekerjasama menangkapnya.


Abdul Hamid turut mencabar Low supaya pulang ke Malaysia bagi menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Bahkan beliau berjanji akan memberikan jaminan keselamatan sekiranya ahli perniagaan itu pulang ke negara ini.

ā€œBerdasarkan kenyataannya, dia hendak cuci tangan, seolah-olah tidak terlibat. Kalau betul baliklah, saya beri jaminan tentang keselamatan dirinya.

ā€œDia boleh dapat haknya dari segi undang-undang dan dapatkan khidmat peguam terbaik di dunia. Jangan hendak perlekehkan kononnya sistem perundangan negara kita itu dan ini, sebab itulah dia tidak berani balik dan kononnya polis kejam,ā€ katanya.

Pihak berkuasa AS memfailkan 30 tuntutan pelucuthakan ke atas hartanah, pelaburan, hasil seni dan barang kemas bernilai AS$1.7 bilion yang dibeli Low dan sekutunya. – FMT

Kategori