Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Reman 24 Suspek Termasuk...

SHAH ALAM: Tempoh tahanan reman 24 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai...

Kontrak Monorel Scomi, Larsen...

KUALA LUMPUR - Kontrak Scomi Engineering Bhd dan Larsen & Toubro Ltd untuk...

Suspek Kes Tetak Ketua...

BESUT - Seorang bekas pengurus sebuah syarikat ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan...

Peserta Rusia Ingin Perbaiki...

BANGI - Peserta dari Rusia, Pavel Naidenov yang berjaya melangkah ke peringkat separuh...

Pura-Pura Pengsan Elak Ditahan Imigresen Tak Menjadi

SHAH ALAM – Taktik seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand berpura-pura pengsan tidak berhasil selepas ditahan bersama 32 individu lain dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia Selangor, semalam.

Tindakan wanita berusia 38 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Puchong itu adalah untuk meraih simpati supaya tidak ditahan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Selangor, Mohamad Shukri Nawi, berkata dalam operasi yang dijalankan bermula jam 3 petang hingga 11.30 malam itu, pihaknya memeriksa lapan premis membabitkan restoran di sekitar Bangi, Kajang, Puchong dan Petaling Jaya, dekat sini.

“Sepanjang operasi, kita memeriksa seramai 75 orang warga asing dan 33 orang daripadanya ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan Imigresen termasuk wanita warga Thailand yang berpura-pura pengsan.

“Menerusi operasi ini, kita tahan 11 warga Indonesia (enam lelaki, lima wanita); 11 lelaki warga India; enam Thailand (tiga lelaki, tiga wanita) dan masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Pakistan dan Kemboja,” katanya.

Beliau berkata, pada operasi itu juga, pemeriksaan dan semakan turut mendapati kebanyakan PATI berkenaan gagal mematuhi syarat pas yang diberi dengan bekerja di sektor yang berbeza daripada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan bekerja menggunakan pas lawatan sosial.


Katanya, siasatan juga akan tertumpu kepada majikan yang menggajikan PATI dan sekiranya terdapat bukti, majikan ini juga akan turut dikenakan tindakan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Mohd Shukri berkata, semua PATI yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa jabatan itu untuk siasatan lanjut.

“Mereka akan direman selama 14 hari mengikut seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/1963 di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kesalahan yang dilakukan oleh PATI ini adalah mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tinggal tanpa pas/permit yang sah, seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang diberikan,” katanya. – BH Online

Kategori