Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Pindaan AUKU Dijangka Dibentang...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang berhubung cadangan pindaan...

Kajol Minat Berlakon Filem...

KUALA LUMPUR – Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon...

Gagal Dapat Peruntukan Jika...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menilai semula peruntukan...

Penternak Babi Perlu Komited...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka mahu penternak babi di kawasan Paya Mengkuang, Alor...

‘Raja Tuna’ Labur RM7.38 Juta Dapatkan Tuna 276 Kg

TOKYO – Ahli perniagaan sushi Jepun yang diberi gelaran ‘Raja Tuna’, membeli tuna gergasi pada harga AS$1.8 juta (RM7.38 juta) pada acara lelongan Tahun Baharu di pasar ikan utama di ibu kota Jepun itu hari ini.

Kiyoshi Kimura, pengendali rangkaian restoran sushi yang cukup berjaya, membayar 193 juta yen untuk pembelian tuna sayap biru seberat 276 kilogram, ditangkap di wilayah Aomori di utara Jepun.

“Ini yang terbaik. Memang ia mahal kan?

“Saya mahu pelanggan kami makan yang amat sedap tahun ini juga,” kata Kimura kepada wartawan selepas lelongan sebelum sunuh itu.

Kimura yang mesra media itu kerap membayar harga mahal pada lelongan pertama tahun baharu di pasar ikan utama di Tokyo, menjadikan beliau dan perniagaannya mendapat liputan berita pada musim itu.


Pada acara tahun lalu, Kimura membayar harga termahal dalam rekod AS$3.1 juta (RM12.7 juta) untuk memiliki tuna seberat 278 kilogram.

Acara lelongan tradisi kini diadakan di pasar baharu di kawasan dinamakan Toyosu.

Pasar terkenal dunia, Tsukiji, yang sudah lama menjadi pusat tumpuan pelancong di kawasan yang sesak dengan restoran dan kedai, ditutup pada 2018. – Agensi

Kategori