Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JBPM Akan Tambah Balai...

AYER TAWAR — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menambah jumlah balai...

Wanita Mengandung Mengidam Makan...

London - Ketika mengandung, si ibu biasanya mengidam pelbagai jenis makanan yang enak...

Mel Gibson Teruja Bakal...

PELAKON veteran antarabangsa, Mel Gibson dikhabarkan bakal menyambut ahli baru dalam keluarganya apabila...

JDT Mengamuk Seperti Liverpool,...

SEREMBAN : Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan ketiga...

Rizal Dilepas Dan Bebas, Pendakwaan Tarik Balik Tuduhan

KUALA LUMPUR – Datuk Rizal Mansor, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan meminta dan menerima suapan bagi pihak Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar membabitkan wang RM218 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihaknya menarik balik pendakwaan terhadap Rizal, 45.

Sri Ram turut memaklumkan mahkamah pihak pendakwaan seharusnya menyerahkan pernyataan saksi kepada pembelaan pada 6 Januari lalu namun hanya dapat berbuat demikian hari ini.

Sebaik mendengar permohonan pendakwaan itu, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal dan mengarahkannya keluar daripada kandang tertuduh.

Bagaimanapun pada prosiding itu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, 68, memohon mahkamah untuk melapangkan tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan bermula 3 Februari ini memandangkan pihak pendakwaan sudah menarik balik pertuduhan terhadap Rizal.

“Kami terkejut dengan arahan ini dan perlu mengatur semua strategi pembelaan dan meneliti pernyataan saksi.

“Sehubungan itu, pembelaan memohon mahkamah melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan Februari dan Mac ini,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu dan mengekalkan 3 Februari ini untuk perbicaraan kes.

Terdahulu, suasana mahkamah bertukar tegang apabila Rosmah dilihat cuba mendekati seorang individu di galeri awam namun tindakan itu dihalang oleh peguam dan anak perempuannya.

Ketika di luar mahkamah, ketika ditanya oleh media berhubung rakaman suara yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Rosmah menjawab:


“Perkara itu akan ditangani oleh peguam saya.”

Pada 30 Mei tahun lalu , Mohamed Zaini menetapkan perbicaraan kes rasuah projek solar membabitkan Rosmah dan Rizal ditetapkan selama 32 hari.

Tarikh ditetapkan adalah 3 hingga 6 Februari, 10 hingga 13 Februari, 17 hingga 20 Februari, 9 hingga 12 Mac, 6 hingga 9 April, 13 hingga 16 April, 20 hingga 23 April dan 27 hingga 30 April.

Mengikut pertuduhan, Rosmah didakwa menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Rizal.

Wang itu sebagai upah kerana membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Gense/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion, secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, pada 20 Disember 2016.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Pada 15 November 2018, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak. – BH Online

Kategori