Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Operasi Pasar Basah KipMall...

JOHOR BAHRU: Operasi pasar basah di KipMall Tampoi, di sini ‘terjejas’ apabila seramai...

Ahli Parlimen PN Adakan...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan pemukiman bagi membincangkan Belanjawan...

JDT Buka Pejabat ‘Kedutaan’...

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuka pejabat...

Gempa Kuat: Angka Kematian...

RABAT : Jumlah korban gempa bumi kuat yang melanda Maghribi, lewat malam kelmarin,...

Rombakan Kecil Kabinet Jejas Maszlee, Timbalan Menteri?

KUALA LUMPUR – Terdapat spekulasi perubahan Kabinet hari ini dan antara yang dijangka terkesan adalah Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Seorang sumber memberitahu FMT bahawa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mungkin akan mengumumkan “rombakan kecil”, susulan kritikan terhadap prestasi Maszlee.

“Ia bukan mengenai Jawi,” kata sumber kepada FMT, merujuk kepada kontroversi berterusan berhubung langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

“Ada isu lebih besar yang perdana menteri rasakan perlu rombakan kecil.”

Ketika dihubungi, sekurang-kurangnya 2 menteri berkata mereka sedar akan khabar angin itu, tetapi mendakwa tiada butiran mengenainya.

“Kami orang terakhir yang akan dengar sebarang rombakan Kabinet,” kata salah seorang daripada mereka.


Difahamkan rombakan itu juga akan menyaksikan penyingkiran beberapa timbalan menteri.

Maszlee dikecam beberapa pertubuhan bukan Melayu berhubung langkah memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Maszlee, bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangaa, adalah antara individu pertama yang dinamakan ke Kabinet susulan perubahan kerajaan pada 2018.

Beliau menyertai PPBM 2 bulan sebelum pilihan raya umum 2018 dan bertanding di Simpang Renggam, Johor. – FMT

Kategori