Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amira Tidak Berdendam Dengan...

PENYANYI dan pelakon, Amira Othman sejujurnya mengakui tidak pernah ada sekelumit dendam mahupun...

TH Ambil 260 Petugas...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menggunakan khidmat 260 Petugas Ambilan Musim (PAM)...

PPBM Di Sarawak Atas...

BINTULU - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...

Malaysia Akan Terus Tingkat...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus meningkatkan kemampanan, mengurangkan defisit dan memastikan hutang...

Rompak Kapal Tangki, 10 Warga Indonesia Dipenjara

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan rotan, ke atas 10 lelaki warga Indonesia selepas mereka mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan sebuah kapal tangki minyak di perairan Terengganu tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan dikemukakan sembilan lelaki berkenaan untuk mengurangkan hukuman penjara.

Beliau berkata, rayuan difailkan sembilan lelaki itu tidak mempunyai merit.

Sembilan lelaki itu ialah Anne Raja, Arsito Mohd Hardi, Kreston Muhaling, La Abu, Bram Ali, Lurther Marnis Zachawerus, Badiun, Meidy Hermanus Wajongkare dan Rollan Kapahese.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan seorang lagi lelaki, Oktemi Supri, untuk mengembalikan semula keputusan Mahkamah Sesyen Terengganu yang memerintahkan dia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan rotan.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengurangkan tempoh hukuman penjara Oktemi kepada 12 tahun dan sebatan lima rotan.

Dua lagi hakim menganggotai panel itu ialah Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Abu Bakar Jais.

Sepuluh lelaki berusia 34 hingga 62 tahun itu, didakwa bersama tiga lagi tertuduh yang masih bebas.


Mereka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata pisau dan parang panjang terhadap kapal MT MGT-1 milik syarikat Marine Global Transport berpangkalan di Thailand sehingga mendatangkan kerugian dan ketakutan terhadap 14 kru kapal.

Kesalahan itu dilakukan di perairan Terengganu pada jam 8.30 malam, 6 September 2017.

Bagi hukuman sebat, hanya Arsito mendapat pengecualian.

Pada 2018, Mahkamah Tinggi Terengganu mengekalkan hukuman penjara sembilan lelaki berkenaan, tetapi mengurangkan tempoh hukuman penjara Oktemi, tetapi mengekalkan bilangan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai dan Ku Hayati Ku Haron, manakala peguam Mohd Shahir Mat Jusoh mewakili Anne dan Arsito. Peguam Horley Issacs pula mewakili tujuh lelaki lain dan Oktemi diwakili peguam Yasin Aminuddin Anwar.

Kategori