Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

“Memang Berisiko, Tapi Takkan...

PELAKON Zizie Ezette mengakui berasa bimbang dan takut untuk melalui detik untuk hamil...

Kadar Tambahan Bagi Bayaran...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan...

Sakit Mental Tidak Semestinya...

HAMPIR 2.5 Juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Angka ini dijangka akan terus...

PRU-15: PKR Umum Nama...

KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon...

Seorang Lagi Suspek Koronavirus Dikesan Di Bintulu

SEPANG – Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan menerima laporan berhubung seorang warga China yang bekerja di Bintulu, Sarawak mempunyai simptom koronavirus.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, wanita itu sedang dikuarantin di Hospital Bintulu dan pihanya masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Dengan laporan ini, jumlah terkini suspek koronavirus yang dirawat di hospital adalah lima orang.

“Dua kanak-kanak dirawat di Hospital Langkawi dan dua lagi di Hospital Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hari ini.

Terdahulu satu laporan polis berhubung individu yang mengalami simptom koronavirus di Bintulu itu menjadi tular di media sosial.


Laporan itu antaranya menyebut wanita berusia 25 tahun berkenaan ke Wuhan atas urusan kerja pada 11 Januari lalu sebelum tiba dan transit di Kota Kinabalu Sabah lima hari kemudian.

Dia terus bekerja di pejabat seperti biasa dan pada 26 Januari wanita itu pergi ke Hospital Columbia Asia untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami demam.

Kategori