Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

15 Polis Mexico Mati...

GUADALAJARA, Mexico - Sekurang-kurangnya 15 pegawai polis terbunuh dalam serangan hendap kumpulan penjenayah...

Zamani Akui Akan Berkahwin,...

SEBELUM ini Zamani Ibrahim, 45 pernah menyatakan niatnya mahu menamatkan zaman bujangnya dan kini,...

MERCY Malaysia Hantar Pasukan...

KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia hari ini menghantar pasukan penilaian cepat ke Laos...

Inilah Giant George, Anjing...

TAHUKAH anda, Giant George atau lebih dikenali sebagai George merupakan anjing tertinggi di...

Sesak 8 Kilometer Angkara Gulungan Kertas

IPOH – Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terpaksa berdepan kesesakan trafik sejauh 8 kilometer (km) berikutan kemalangan melibatkan sebuah lori treler bersama muatan gulungan kertas dengan sebuah kereta di KM249.6 arah utara dari Terowong Menora ke hentian Sungai Perak di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan.

Menurutnya, ketika itu lori treler dengan muatan gulungan kertas dari arah selatan yang dipandu di lorong kiri hilang kawalan sebelum merempuh kereta terbabit.

“Kereta tersebut terseret ke depan sebelum kedua-dua kenderaan itu berpusing yang kemudian mengakibatkan muatan gulungan kertas terkeluar dari lori dan berselerak di atas jalan.

“Kemalangan juga mengakibatkan kelindan lori dan pemandu kereta mengalami kecederaan, manakala pemandu lori selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, mangsa yang cedera masing-masing menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.


Sementara itu, Plus Malaysia Berhad menerusi kemas kini di Twitter memaklumkan, akibat kemalangan itu, semua lorong ditutup berikutan muatan lori bertaburan di atas jalan.

Menurutnya, seawal jam 7.50 pagi hanya lorong kanan dibuka untuk kenderaan, manakala laluan kiri masih terhalang.

Jelas Plus, kedua-dua lorong dibuka pada jam 8.41 pagi, namun keadaan trafik masih perlahan.

Kategori