Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

AirAsia Bolot Dua Anugerah...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia membolot Anugerah Penerbangan Terbaik dan...

Aksesori Comel Mengubah Peranti...

FUNGSI lampu suluh pada peranti pintar adalah sangat penting bagi kami.Buat golongan yang...

MACA Bersedia Jadi Hab...

KUALA LUMPUR - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersedia menjadi hab latihan kepimpinan...

Obama Rakam Ucapan Takziah...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merakamkan ucapan takziah atas kematian...

Shahrir Samad Dituduh Gagal Isytihar RM1 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad mengaku tidak bersalah terhadap 1 tuduhan mengikut undang-undang pengubahan wang di Mahkamah Sesyen hari ini, berkaitan dana yang dikatakan diterima daripada Najib Razak.

Shahrir dituduh gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu dalam penyata cukai 2013.

Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu dikatakan mendepositkan cek daripada Najib ke dalam akaun banknya pada 28 November 2013.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Beliau berdepan hukuman penjara antara 5 hingga 15 tahun, denda RM5 juta atau 5 kali ganda daripada hasil haram itu.

Terdahulu, rakan separti, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah terhadap 2 tuduhan mengikut akta sama.


Mereka antara 80 individu dan pertubuhan yang dinamakan SPRM sebagai menerima lebih RM420 juta daripada Najib.

SPRM berkata dana itu daripada 1MDB.

Badan anti-rasuah itu mengeluarkan kompaun kepada mereka, menuntut mereka memulangkan wang itu. – FMT

Kategori