Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lantikan KP SPRM Dibuat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

10 ADUN Kedah Angkat...

ALOR SETAR - Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan lapan daripadanya...

8 Maut, 40 Hilang...

DHAKA - Lapan mayat telah dijumpai selepas sebuah bot yang sarat dengan orang...

“Sanctuary Garden” Curi Hati...

ARAU - Susunan beberapa buah meja makan di atas hamparan permaidani hijau seakan...

SRC: Najib Mohon Panggil Pakar Tulisan Tangan Dipertikai

KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. yang sudah masuk hari ke-70 hari ini menyaksikan pihak pendakwaan serta pembelaan berhujah mengenai permohonan Datuk Seri Najib Razak yang mahu pakar memeriksa ketulenan tandatangannya.

Najib yang juga bekas perdana menteri mahu tandatangannya itu disemak ketulenannya pada beberapa dokumen penting transaksi SRC International sehingga melibatkan penyelewengan dana sebanyak RM42 itu terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan eksibit mahkamah.

Menurut peguambela, Harvinderjit Singh, pihaknya dari awal perbicaraan sudah melahirkan rasa sangsi terhadap beberapa tandatangan pada dokumen-dokumen yang didakwa dibuat oleh Najib.

Dokumen-dokumen itu juga dipersembahkan kepada mahkamah oleh pasukan pendakwa ketika perjalanan kes itu dengan memanggil beberapa saksi.

Kata Harvinderjit, sejak awal, ketulenan dokumen tidak dapat ditentukan dan adalah lebih baik supaya seorang pakar tulisan tangan dari Australia diminta hadir memeriksa serta memberikan pandangan serta keterangan di mahkamah.

Sebanyak 35 eksibit dokumen telah digunakan oleh pendakwaan setakat ini bagi membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Najib untuk tujuh dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang dari SRC International.

Daripada itu, sebanyak 13 dokumen dipertikai oleh pihak pembelaan pada masa ini malah Najib sendiri berkali-kali memberitahu mahkamah beliau tidak pasti dengan tandatangan-tandatangan yang kelihatan seperti tandatangannya namun masih sangsi mengenainya.

Perbuatan itu didakwa telah dilakukan ketika Najib menjawat beberapa jawatan termasuk perdana menteri, menteri kewangan serta Penasihat Emiratus kepada syarikat SRC International. 

Jelas Harvinderjit, adalah satu keperluan untuk mahkamah memberi kebenaran kepada pakar tulisan tangan Australia dikenali sebagai Dr. Steven untuk memeriksa dokumen yang menjadi pertikaian itu. 

“Dr. Steven hanya sekadar melihat salinan imbasan dokumen itu, yang diberikan oleh kami dan mahkamah perlu memberi kebenaran kepada beliau untuk hadir sendiri dan memeriksanya secara fizikal,” hujahnya di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini. 


Prosiding kemudian diteruskan dengan hujah dari pasukan pendakwaan di mana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram tampil memberikan hujah-hujahnya berkaitan dengan permohonan Najib itu. 

Hujah beliau, pihak pembelaan tidak pula mengemukakan bantahan penerimaan dokumen SRC International pada awal perbicaraan sebaliknya hanya berbuat demikian sekaligus menyifatkan ianya seperti satu pusingan U.

Sithambaram menjelaskan, permohonan itu adalah mala fide atau berniat jahat kerana pendirian awal pembelaan sebenarnya menerima eksibit itu sebagai bahan bukti pendakwaan pada tahun lalu. 

“Ini tidak lebih daripada cubaan untuk meminta mahkamah menukar atau memperbaharui keputusan dengan tidak berasas oleh pembelaan. 

“Mahkamah tidak seharusnya membenarkan permohonan bela untuk memanggil pakar tulis tangan dari Australia untuk beri keterangan berhubung tandatangan itu ketika ini. Ini adalah langkah taktikal oleh pembelaan. 

“Mengapa tidak buat pada peringkat awal pendakwaan? Mengapa kini baru mahu buat permohonan seperti ini? Ketika perbicaraan sudah sampai ke tahap ini? Mahkamah tidak sepatutnya berikan kebenaran kepada permohonan seperti ini,” tegasnya. 

Sebelum ini, Najib pernah membuat pengakuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa itu adalah tandatangan beliau sebelum ini namun ketika perbicaraan melahirkan beliau rasa ragu-ragu pula kerana pernah menandatangani dokumen SRC International itu. 

Mohd Nazlan kemudian membenarkan prosiding ditangguh lebih awal kerana peguambela tidak sihat dan hujah berkaitan permohonan Dr Steven hadir untuk beri keterangan akan bersambung esok. – MalaysiaGazette

Kategori