Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

ICA Sita 2,041 Karton...

SINGAPURA - Sebanyak 2,041 karton dan 60 peket rokok tidak dijelaskan cukai dirampas...

Aril Tinggalkan Era FM,...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Aril Pilus memberitahu punca utama dia menamatkan kontraknya sebagai...

1MDB: Peguam Negara Jawab...

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan di sini pada Khamis sebagai menjawab...

DUN Terengganu Lulus Usul...

KUALA TERENGGANU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 hari ini meluluskan...

Syed Saddiq Lapor Polis Dakwaan Sertai Parti Dadah

PETALING JAYA – Pihak menteri belia dan sukan akan membuat laporan polis berhubung penularan cerita mendakwa menteri itu menyertai parti dadah dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dimaklumkan berkenaan penularan cerita itu oleh sebuah blog yang mendakwa beliau turut berada di lokasi sama mereka yang ditahan polis di Puchong baru-baru ini tetapi pulang lebih awal sebelum serbuan dibuat.

Syed Saddiq menepis dakwaan itu sebagai cerita tidak benar dan memburukkannya namanya.

“Maklumat tidak benar ini juga telah ditularkan oleh pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menyangkal dakwaan ada cubaan melobi projek-projek besar kementerian, menekankan pencapaian kementeriannya dalam Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam (PSCR) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia “semakin cemerlang”.

“Kementerian berjaya memperbaiki tangga PSCR dari 8 kementerian paling berisiko rasuah kepada tangga 16 paling kurang risiko rasuah dan salah laku,” katanya.


Syed Saddiq berkata satu laporan polis akan dibuat dan akan merujuk kepada tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan berita tidak benar, terutama berkaitan integriti kementeriannya.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pula mengesahkan penahanan 17 individu, termasuk 6 wanita di sebuah kondominium di Jalan Puchong awal pagi semalam, atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan aktiviti perjudian.

17 individu ditahan polis di sebuah pangsapuri di Jalan Puchong, Kuala Lumpur pada awal pagi 13 Jan atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan aktiviti perjudian.

Polis juga mengesahkan seorang VVIP terbabit kes dadah susulan spekulasi seorang ADUN ditahan dalam tangkapan itu. – FMT

Kategori