Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zakir Naik Hadir Ke...

KUALA LUMPUR - Tokoh pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik merupakan antara peserta yang...

Siapa Xavier Andre Justo,...

BERIKUTAN pendedahan mengenai pembocoran maklumat syarikat 1MDB oleh Xavier Andre Justo, ramai tertanya-tanya siapakah...

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal...

KUALA LUMPUR - Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut...

Tindakan Tunda, Saman Jika...

SHAH ALAM - Pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan di sekitar...

Tahun Ke-2 Kaum Cina Bimbang, Gelisah Keadaan Ekonomi

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 2020 tahun ke-2 masyarakat Cina bimbang dan gelisah dengan keadaan ekonomi, lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Menyifatkan keadaan ekonomi semasa sebagai “tidak menentu”, Najib merasakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini agak suram dan perbelanjaan dalam kalangan masyarakat Cina menjunam.

“‘Ia tidak dapat diramalkan’, ‘Masa teruk’ dan ‘ekonomi teruk’. Tidak kira mereka yang berniaga atau mereka yang bekerja dengan majikan.

“Inilah yang di bibir masyarakat Cina. Indikatornya jelas,” katanya di Facebook.

Najib difahamkan peniaga makanan dan restoran terutamanya mengalami kejatuhan tempahan jamuan akhir tahun.

Beliau berkata peniaga yang menjual biskut raya dan buah-buahan juga mengeluh jualan terjejas teruk.

“Ini tahun kedua berturut-turut di mana keadaan ini berlaku. Rakyat tidak berani berbelanja.

“Rakyat tidak mempunyai keupayaan berbelanja. Ramai yang bimbang mereka akan menerima ‘surat’ berhenti kerja tidak lama lagi juga akibat keadaan ekonomi hari ini,” katanya.


Najib berkata masyarakat Cina mengetahui dan bertambah gelisah apabila Bank Negara menurunkan kadar faedah beberapa hari lepas.

Katanya, ini petanda tiada keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi unjuran Pakatan Harapan, prestasi perniagaan dan perbelanjaan pengguna.

“Kadar faedah terpaksa dikurangkan untuk menggalakkan pinjaman dan meningkatkan perbelanjaan.

“Ya. Kemusnahan yang mereka lakukan kepada Malaysia amat serius. Harapan setinggi gunung yang diletakkan di bahu Lim Guan Eng dan PH kini hancur berkecai.

“Merekalah penyebab kerosakan ini dan pembawa kesusahan kepada rakyat,” katanya. – FMT

Kategori