Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota UMNO Perlu Kikis...

ALOR GAJAH - Sifat hasad dengki menebal merupakan kelemahan orang Melayu yang perlu...

“Kalau Sama-Sama Nak Pakai...

SELEBRITI terkenal tanah air, Fasha Sandha sekali lagi menarik apabila penampilan personaliti ini...

19 Cedera, Khemah Ekspo...

ALOR SETAR - Sembilan belas orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri...

PRN: Rundingan Kerusi PH-BN...

Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi...

Tak Takut Tindak Balas China, Malaysia Akan Tuntut Hak Perairan

PUTRAJAYA – Malaysia sudah menjangkakan bantahan China terhadap penghujahan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan tuntutan terhadap baki kawasan batas pelantar benua Malaysia di utara Laut China Selatan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Malaysia kekal berpegang kepada tuntutan itu yang dibuat pada 12 Disember lalu.

“Bantahan dari China adalah perkara biasa namun kita akan teruskan dengan tuntutan kita.

“Kita tidak gentar. Kita akan lakukan sehingga peringkat Timbang Tara,” katanya pada sidang media pengumuman Pencapaian Tahun 2019 dan Sasaran Pencapaian 2020 Kementerian Luar di sini, hari ini.

Pada 12 Disember lalu, Malaysia mengemukakan penghujahan separa kepada Setiausaha Agung PBB mengenai tuntutan terhadap baki kawasan pelantar benua Malaysia di bahagian utara Laut China Selatan (Tuntutan Kawasan Batas-Batas Pelantar Benua Malaysia Fasa II).

Ini bagi memastikan kedaulatan sempadan perairan negara dilindungi dan terpelihara berdasarkan data teknikal serta saintifik yang disertakan.

Namun Beijing baru-baru ini membantah tindakan Kuala Lumpur yang menyerahkan penghujahan itu dengan menyifatkan ia adalah tindakan serius melanggar kedaulatan, hak dan bidang kuasa China.


Dalam pada itu, Saifuddin berkata, bagi sasaran pencapaian tahun ini, kerajaan akan mengaktifkan semula Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang lanjutan pemulihan semula hubungan dua hala Malaysia dan Korea Utara.

“Kita harap suku pertama ini akan dibuka semula. Timbalan saya, Datuk Marzuki Yahya akan ke Pyongyang untuk tujuan itu,” katanya.

Selain itu, katanya, antara sasaran lain termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai pembaharuan sistem pengundian di liar negara.

“Maklumat terperinci tentang cara-cara rakyat Malaysia untuk mendaftar dan memohon untuk mengundi di luar negara akan diuar-uarkan sebaik dimuktamadkan,” katanya. – BH Online

Kategori