Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jika Tidak Di Dunia,...

Menjelang 10 FEB: Harapan, Doa, Kisah Hipokrasi Dan 'Keadilan'Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Setelah kes...

TPM Sah 2 Pegawai...

LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Pertandingan Tiga Penjuru Di...

SUNGAI BESAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal...

Kementerian Pelajaran Pantau Persediaan...

PETALING JAYA - Kementerian Pendidikan sedang memantau persediaan untuk mengadakan semula peperiksaan kertas...

Tengku Hassanal Bantu Mangsa Kemalangan Dalam Hujan

KUANTAN – Hujan lebat bukan penghalang Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membantu mangsa kemalangan.

Baginda dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sempat memberhentikan kenderaan untuk membantu dua mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 103.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, Temerloh kira-kira jam 2 petang tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing, Kuantan ke Kuala Lumpur sempena sambutan Tahun Baharu Cina hanya mengalami kecederaan ringan.

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang ketika itu dalam perjalanan ke ibu negara menuruni kenderaan baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta terbabit.

Sambil memegang payung, baginda bertanya khabar kepada kedua-dua mangsa sebelum melihat sendiri kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

Dalam kejadian terbabit, kelihatan sebuah kenderaan berwarna hitam terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas namun mangsa kemalangan yang dipercayai dari Sungai Lembing itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memandu dengan berhati-hati terutamanya ketika hujan lebat bagi mengelak kemalangan.

Pagi tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan mangsa kemalangan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Instagram Istana Negara, baginda ketika itu sedang dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri. – BH Online

Kategori