Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masih Ada Peniaga Tak...

KAMPAR - Masih terdapat segelintir peniaga tidak meletakkan tanda harga merah jambu terhadap 21...

Mampukah Malaysia Hasilkan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin COVID-19, menjadi jalan terbaik yang...

Pencaturan Tun M ...

KUALA LUMPUR - Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU),...

Gadis Dibogel ‘Malam Merdeka’...

Baru-baru ini tersebar gambar seorang perempuan bertudung terbaring di katil melakukan maksiat pada...

Tiada Bukti Bawang Merah Boleh Rawat Influenza A, H1N1

IPOH – Tiada bukti perubatan dan saintifik yang menunjukkan pelbagai petua dan amalan termasuk menggunakan bawang merah mampu merawat jangkitan Infuenza A dan H1N1.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, berkata pihaknya tidak menghalang mereka yang mahu mengamalkan petua dan amalan itu bagi mencegah jangkitan.

Katanya, bagi mengelak jangkitan, orang ramai perlu mempraktikkan kebersihan diri dan sentiasa mencuci tangan, manakala mereka yang mempunyai simptom penyakit itu perlu memakai penutup hidung dan mulut, selain mengelak ke kawasan awam agar ia tidak merebak.

“Selain itu, amalkan pemakanan seimbang, air yang cukup, rehat dan dan tidur secukupnya yang menjadikan kadar imuniti lebih baik.

“Setakat ini tiada bukti saintifik yang menunjukkan rawatan itu (bawang merah) membantu (merawat) tetapi kita tidak menghalang mereka merawat dengan cara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di Bandar Seri Botani, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.


Sebelum ini tular di laman sosial mengenai dakwaan hirisan bawang merah yang diletakkan di persekitaran kawasan kediaman mampu menyerap virus influenza daripada berjangkit kepada manusia.

Dr. Boon Chye berkata, setakat ini bilangan kes influenza di seluruh negara kecuali di beberapa negeri, sedang mengalami peningkatan.

“Kes influenza ini biasanya berlaku setiap tahun kerana ia bermusim. Ia memang berlaku setiap hari dan setiap tahun dan ada beberapa bulan, ia akan meningkat iaitu biasanya awal tahun dan hujung tahun semasa cuti sekolah, kadang-kadang pada Julai, Ogos dan September.

“Jadi, kita memang dalam fasa bilangan pesakit) yang meningkat buat sementara waktu, seperti yang saya cakapkan sebelum ini kebanyakan rakyat yang ada influenza, dia akan pulih secara spontan cuma segelintir mereka yang ada risiko tinggi seperti penghidap penyakit kronik,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu kematian yang disahkan akibat daripada wabak berkenaan. – BH Online

Kategori