Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Mahasiswa Boleh Cari Duit...

RASANYA kebanyakan kita merasakan zaman belajar di universiti ataupun di kolej adalah waktu...

Pempengaruh TikTok Buat Aksi...

BALIK PULAU - Seorang pempengaruh media sosial dan 14 individu lain direman dua...

Persekutuan Bantu Sarawak Majukan...

KUCHING - Kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan membantu...

Gabenor Bali Arah Penduduk...

DENPASAR ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Kesal dengan kehadiran lebih setengah juta anjing liar, Gabenor Bali, Made...

Tiada Keperluan Henti Penerbangan Seluruh China – Mahathir

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk menghentikan penerbangan daripada seluruh China susulan larangan dikeluarkan oleh Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji tindakan itu.

“Pada waktu ini, belum ada kajian, kita akan buat kajian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis-majlis Ramah Mesra bersama rakan strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Sabah dan Sarawak yang memutuskan untuk menggantung kesemua penerbangan dari China.

Terdahulu, kedua-dua negeri di Borneo itu mengambil langkah menggantung semua penerbangan dari China berkuatkuasa serta-merta.


Menyentuh mengenai usaha membawa pulang 78 rakyat Malaysia di wilayah Hubei, Dr. Mahathir berkata, kerajaan belum mendapat maklum balas dari China.

“Kita baru sahaja mula bercakap (berhubung) dengan China,” katanya.

Semalam, kerajaan memutuskan akan penghantar pesawat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu serta menyumbang makanan dan keperluan Wuhan sekiranya diberi kebenaran oleh China. – Sinar Harian

Kategori