Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Risau Keselamatan Anak...

SEORANG ibu, Jackie Brooklyn mengakui risau dengan keselamatan anak transgendernya, Tara Hudson yang...

‘Perahu Tambang’ Daya Tarikan...

KUCHING - Jika beca sinonim dengan Melaka Bandar Raya Bersejarah, Perahu Tambang yang...

Isu Bayaran RM1.4 Juta,...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang...

Polis Siasat Video Iklan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penerbit dan pelakon yang...

Tiada Rakyat AS Yang Maut, Cedera Dalam Serangan Iran

WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam memberitahu, tiada rakyat Amerika Syarikat (AS) yang maut atau cedera dalam serangan peluru berpandu oleh Iran ke atas tenteranya di Iraq pada Selasa dan Washington akan mengenakan sekatan tambahan terhadap Tehran.

“Tiada rakyat Amerika yang terjejas dalam serangan malam tadi oleh rejim Iran. Kita tidak mengalami sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” lapor agensi berita China Xinhua memetik ucapan Trump di Rumah Putih yang disiarkan menerusi televisyen.

Trump juga berkata Iran kelihatan menghentikan seketika tindakannya dan menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang baik untuk semua pihak yang berkaitan.

“Amerika Syarikat akan segera mengenakan sekatan ekonomi tambahan sebagai hukuman ke atas rejim Iran.

“Kesemua sekatan keras ini akan kekal sehingga Iran mengubah tingkah lakunya,” kata beliau.

Presiden itu juga berkata, kekuatan ketenteraan AS merupakan langkah ‘pencegahan terbaik’ dalam krisis itu namun tidak bermakna mereka akan menggunakannya.

Oleh itu, beliau akan meminta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) agar lebih terlibat di Timur Tengah.


Sementara itu, Trump turut membayangkan potensi kerjasama antara Washington dan Tehran.

“Kemusnahan Daesh adalah sesuatu yang baik buat Iran dan kami sepatutnya berganding bahu dalam hal ini serta keutamaan lain yang dikongsi bersama,” katanya ketika mengakhiri ucapan itu.

Kelmarin Pentagon mengesahkan Iran telah melancarkan lebih sedozen peluru berpandu balistik ke atas sekurang-kurangnya dua pangkalan tentera yang menempatkan tentera AS dan tentera pasukan gabungan di Iraq.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu dan berkata ia adalah bagi membalas dendam terhadap AS atas kematian komander tertinggi tentera elit tersebut, Qassem Soleimani.

Kategori