Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Baitulmaqdis: PM Dedah Cerita...

TEGAS... Kelmarin masyarakat seluruh dunia gempar apabila media antarabangsa melaporkan Presiden Turki, Recep...

Malaysia Di Antara Negara...

Malaysia merupakan di antara negara paling teruk untuk bekerja seperti mana senarai yang...

Malaysia, Turki, Pakistan Terajui...

NEW YORK - Malaysia, Turki dan Pakistan bersetuju supaya langkah tertentu diambil untuk...

Mesej Gangguan Air 36...

PIHAK Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan, maklumat mengenai gangguan bekalan air yang didakwa bakal...

Tindakan Undang-Undang Terhadap Latheefa, SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, tindakan diambil kerana SPRM dan Latheefa disifatkan menghina mahkamah.

Menurutnya, pendedahan rakaman audio daripada perbualan telefon didakwa suara Najib adalah subjudis.

“Biasanya bila kita dapat bukti, kita akan buat laporan polis dan SPRM, kemudian buat siasatan secara sulit.

“Paling teruk, beliau (Latheefa) yang berpengalaman dalam perundangan bersama agensinya mendedahkan bukti secara umum. Pada saya, ia adalah satu kesalahan yang serius,” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.


Pagi tadi, SPRM membongkar audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, rakaman berdurasi 45 minit itu diterima pihaknya beberapa hari lalu melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta beberapa kes lain.

Selain Najib, rakaman audio mengandungi percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad, Datin Seri Rosmah Mansor dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan serta beberapa individu berkepentingan dalam dan luar negara. – Sinar Harian

Kategori