Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

ESM Sedia Cari Atlet...

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) kini sudah bersedia membuat pemilihan...

Saman Najib Terhadap Harakah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar...

2 Wanita Pengsan Akibat...

SHAH ALAM - Dua wanita pengsan selepas terperangkap di dalam lif hampir setengah...

Menteri UMNO Terus Kekal...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua menteri dari UMNO akan...

Tommy Dibersihkan Dari Tuduhan Menghina Dalam Inkues Adib

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini membersihkan Peguam Negara, Tommy Thomas daripada tuduhan menghina mahkamah dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Meor Hashimi Abd Hamid berkata permohonan bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, gagal mematuhi Perintah 52 dalam peraturan Mahkamah Tinggi.

“Koroner (Rofiah Mohamad) juga gagal mempertimbangkan beberapa perkara yang dibangkitkan peguam negara dan pegawainya, (Hamdan Hamzah) dalam afidavit mereka,” katanya ketika membenarkan rayuan Thomas.

Meor Hashimi berkata koroner juga mengambil kira perkara di luar lingkungan permohonan hina mahkamah itu.

Bagaimanapun, beliau juga memutuskan koroner ada bidang kuasa untuk mendengar aduan terhadap Thomas kerana tidak menghormati mahkamah.

Peguam Ambiga Sreenevasan, Zainur Zakaria dan Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy mewakili Thomas, manakala Mohamed Haniff Khatri Abdulla tampil bagi pihak Kassim.

Pada 16 Julai, Kassim membuat permohonan ex parte memohon perintah komital terhadap Thomas yang didakwa menghina mahkamah menerusi pemfailkan afidavit oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April, yang menyatakan kematian Adib bukan kerana kecederaan yang dialami.


Afidavit dibuat ketika inkues kematian Adib sedang berjalan.

Pada 28 Ogos, Rofiah membenarkan permohonan Kassim untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas kerana menghina dalam inkues ke atas kematian anaknya.

Rofiah membuat kesimpulan itu selepas mengkaji dokumen dan afidavit yang diserahkan kedua-dua pihak, dan Kassim membuktikan kes prima facie terhadap Thomas.

Pada 27 September, Rofiah memutuskan lebih daripada 2 orang yang tidak dapat dikenalpasti membunuh Adib, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan semasa dihantar ke kawasan rusuhan berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman pada November 2018.

Adib, 24, seorang anggota bomba Subang Jaya, cedera parah rusuhan di kuil di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018, dan meninggal dunia pada 17 Disember tahun sama di Institut Jantung Negara. – FMT

Kategori