Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengedar Dadah Ditahan, 1,773...

BESUT - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 1,773 biji...

Rusia, Ukraine Setuju Laksana...

KIEV ā€“ Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjutkan...

KOTA KINABALU - Tempoh perintah berkurung fasa ke-15 di kawasan perairan Zon Selamat...

Terperangkap Fenomena Kepala Air,...

KEGEMBIRAAN lapan remaja berkelah di Air Terjun Pertak, Kuala Kubu Bharu nyaris bertukar...

UAE Sahkan Kes Pertama Koronavirus

DUBAI – Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengesahkan satu kes jangkitan koronavirus telah dikesan di negara itu.

Kementerian itu juga mengesahkan virus terbabit dikesan menjangkiti sebuah keluarga yang berasal dari Wuhan, China.

Tanpa memberikan maklumat lanjut, kementerian itu memaklumkan pesakit yang dijangkiti kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian rapi hospital.

“Pusat penyiasatan epidemiologi di UAE bekerja sepanjang masa bagi melaporkan sebarang kes jangkitan dengan kadar segera.

“Dalam masa sama, kementerian sentiasa memantau rapat situasi semasa bagi menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai,” menurut kenyataan itu lagi.


Koronavirus sehingga kini telah meragut 132 nyawa dan menjangkiti lebih 6,000 individu di seluruh dunia.

Kementerian itu juga memaklumkan pusat siasatan wabak negara itu juga sedang bekerja sepanjang masa untuk mengesan dan melaporkan sebarang jangkitan terbaharu wabak itu. – Agensi

Kategori