Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1MDB Akan Capai Matlamatnya...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak berkata Kementerian Kewangan akan melaksanakan langkah sewajarnya...

WHO Akui Silap Nilai...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui kesilapannya dalam kenyataan berhubung laporan mengenai...

Budak `Ajaib’ Terselamat Serangan...

BANGKOK : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terselamat dalam insiden tembakan dan...

Pentingnya Mendaftarkan Harta Intelek...

HARTA intelek merujuk kepada berberapa jenis hasil dari idea atau minda seperti ciptaan...

UMNO Jangan Terjerat Mainan ‘Wait & See’, Ikut Bossku Serang PH

Oleh: HM Noor

JARAK dari Tanjung Piai ke Kimanis, kurang lebih 2,000km. Komposisi penduduk, isu dan hal lain juga berbeza.

Justeru, Warisan merasakan mereka terpisah dengan sentimen kemarahan rakyat kepada Pakatan Harapan seperti di Semenanjung.

Benar, gelanggang berbeza tetapi selepas 14 hari berkempen, keputusan tetap memihak pembangkang, yakni BN.

Apa pengajaran? Tentunya banyak dan yang pasti detik untuk melihat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hari semakin dekat.

UMNO sebagai tunjang pembangkang, usah buang masa. Lebih tepat, pemimpin parti berusia 74 tahun itu perlu fokus. Fokus untuk jatuhkan PH para PRU-15.

Isyarat rakyat sudah jelas. Dari utara Semenanjung merentas Laut China Selatan menunjukkan PH tidak boleh selesa.

Jadi, pemimpin UMNO dan BN mahu tunggu apa lagi? Masih mahu main game wait and see yakni memantau pertembungan politik antara PM-7 dan PM-8 dengan harapan ada peluang jadi kerajaan sebelum PRU-15 menerusi pakatan baharu bersama segelintir kerajaan sekarang?


Usah lah terperangkap jerat wait and see punya game. Jangan menaruh harapan jadi kerajaan, takut-takut terbelit. Jangan dikejar tak dapat, dikendong keciciran.

Bertahan dan tunggu sahaja lah PRU untuk kembali ke Kabinet.

Maka, jangan lagi takut-takut nak mengkritik atau menyerang kerajaan PH yang kini seperti hanya dijalankan peranan itu oleh bossku setiap masa dan ruang.

Ingat, tamatkan sahaja game wait and see. Tidak perlu taktik cium tangan PM-7 atau PM-8.

Fokus kini, rampas Putrajaya daripada PH pada PRU15. Malulah sikit dekat Ketua Wanita UMNO cawangan yang kental berjuang. – Mynewshub.TV

Kategori