Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Maut Dalam Nahas...

NILAI - Dua maut dalam kemalangan jalan raya ketika orang ramai merebut peluang...

Pencuri Tabung Derma Ditahan...

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan...

VIDEO: ‘Prank’ Isteri Cakap...

TINDAKAN prank adakalanya boleh mencetuskan amarah, namun prank yang berlaku kepada wanita bernama...

Tolak Bajet 2016, Saranan...

PUTRAJAYA - Tindakan Ahli Parlimen mengundi menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat adalah...

UMNO Kutuk Pelan Damai Timur Tengah Trump

PETALING JAYA – UMNO mengutuk Pelan Damai Timur Tengah oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengatakan pelan itu untuk Israel dan bukannya pelan damai Palestin-Israel.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata pelan itu dirangka tanpa persetujuan, penglibatan malah bertentangan dengan pihak berkuasa Palestin.

ā€œPelan ā€˜Trumpā€™, sama sekali tidak menghormati dan mengambil kira hak, tuntutan dan kepentingan Palestin sebagai pihak berkepentingan yang selama ini diceroboh, diusir dan ditindas Israel.

ā€œMengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, menjadikan Lembah Jordan sebagai wilayah Israel, mengiktiraf semua penempatan haram di tanah milik Palestin sebagai wilayah berdaulat Israel dan melaksanakan undang-undang Israel di semua wilayah yang diduduki adalah salah, bercanggah dengan kepentingan Palestin dan melanggar ketetapan undang-undang antarabangsa,ā€ katanya dalam satu kenyataan.

Pelan Damai Timur Tengah Trump yang diumum semalam, mencadangkan penyelesaian ā€œ2 negaraā€ dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ā€œibu negara Israel yang tidak dibahagikanā€.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dilaporkan berkata pelan itu adalah mimpi buruk bagi rantau itu.


Mohamad berkata UMNO sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan negara Israel dan akan terus mengangap Israel sebagai penceroboh dan pengganas ke atas hak, kedaulatan dan kepentingan Palestin.

ā€œUMNO akan terus membela, menyokong dan mengiktiraf perjuangan sah Palestin ke atas tanahair mereka.

ā€œIa akan menggunakan apa jua cara untuk terus mengecam Israel sebagai penceroboh, penaja keganasan dan pelaku pelbagai jenayah perang ke atas Palestin dan rakyatnya,ā€ katanya. – FMT

Kategori